Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Belum ada anak tempatan jadi wakil Simpang Renggam
    PRU-15

    Belum ada anak tempatan jadi wakil Simpang Renggam

    adminBy admin05/11/2022Updated:05/11/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    SIMPANG RENGGAM | Kehadiran calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Fazrul Kamat di Parlimen Simpang Renggam menjadi kemunculan pertama anak tempatan di kawasan itu untuk bertanding merebut kerusi berkenaan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

    Menurut Mohd Fazrul, sudah tiba masanya buat pengundi di kawasan itu membuka laluan kepada anak tempatan untuk menjadi wakil mereka.

    “Kalau kita lihat semula sejak merdeka dan PRU kali pertama pada 1955, Simpang Renggam tidak pernah diwakili anak tempatan.

    “Saya jadi orang pertama sebagai anak tempatan yang tercalon untuk kawasan ini,” katanya ketika ditemui selepas selesai proses pengumuman calon di kerusi itu, di sini, pada Sabtu.

    Dalam usaha memenangi hati pengundi Simpang Renggam, Fazrul akan mengangkat agenda yang telah dibawa oleh partinya sepanjang kempen PRU15.

    “Fokus saya sama dengan parti (PN) untuk pastikan kestabilan negara serta memastikan negara bebas rasuah dan kebajikan rakyat terbela,” katanya lagi.

    Sementara itu, beliau turut mempertimbangkan pelawaan penyandang kerusi berkenaan, Dr Maszlee Malik menyertai debat terbuka membabitkan kesemua calon.

    Terdahulu, Maszlee memberitahu, kesemua calon telah bersetuju untuk mengadakan debat terbuka berbaki dua hari sebelum hari pengundian.

    Maszlee berkata, kesemua calon telah bersetuju dengan cadangan tersebut sewaktu perbincangan di dalam dewan ketika proses penyerahan dokumen pencalonan.

    Sementara itu, calon Pejuang, Kamal Kusmin pula teruja dengan penyertaan kali pertamanya bertanding dalam pilihan raya umum, malah akan berentap dengan tiga lagi calon daripada nama yang agak besar dalam dunia politik negara.

    “Calon daripada BN (Barisan Nasional) iaitu bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad serta penyandang kerusi parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik adalah dua orang calon yang agak hebat.

    “Tidak kurang juga calon daripada PN, Mohd Fazrul Kamat walaupun ini kali pertama beliau bertanding di kerusi Simpang Renggam saya tidak boleh memandang rendah terhadapnya,” kata Kamal.

    Kamal berkata, perkara berkenaan tidak menjadi halangan atau cabaran terlalu besar pada dirinya untuk terus memberi saingan dalam usaha untuk memenangi kerusi Simpang Renggam dalam PRU15.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleShahidan ajak pengundi Perlis tolak calon BN
    Next Article Warga emas tolak isteri berkerusi roda ke dalam laut
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.