Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Hamzah tak ambil hati provokasi parti lawan
    PRU-15

    Hamzah tak ambil hati provokasi parti lawan

    adminBy admin05/11/2022Updated:05/11/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    LARUT | Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin tidak ambil hati sorakan parti lawan yang melaungkan kata-kata provokasi semasa proses penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Pejabat Daerah dan Tanah Selama, di sini, pada Sabtu.

    Beliau berkata, sorakan seumpama itu tidak menggambarkan makna sebenar kedudukan sokongan pengundi di kawasan itu kepada dirinya.

    “Itu perkara biasa dalam pilihan raya. Sorakan itu tidak memberi makna kerana yang memberi makna adalah pengundi-pengundi.

    “Bila saya bertemu dengan calon dan wakil calon dari sebelah sana, mereka peluk saya, ada yang bercakap perkara-perkara yang telah saya lakukan untuk mereka, menunjukkan mereka tahu jasa-jasa yang telah saya buat,” katanya.

    Sorakan katak, parti katak dan pengkhianat dilaungkan kalangan penyokong parti itu telah menghangatkan suasana di pekarangan luar pusat penamaan calon Parlimen Larut.

    Provokasi tersebut bagaimanapun tidak menimbulkan kekecohan berikutan pemantauan dan kawalan ketat daripada polis.

    Mengulas lanjut, Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, tindakan dilakukan parti lawan itu hanya menunjukkan keangkuhan dan kesombongan mereka setelah memperolehi kuasa dalam kerajaan.

    “Kalau pun mereka mengatakan saya pengkhianat, mereka tidak sedar apa yang saya lakukan adalah untuk rakyat, bukan untuk diri saya.

    “Mereka boleh berdiri hari ini, sombong, angkuh adalah kerana kuasa diberikan. Cuba kita lihat apabila kalah, mereka senyap sunyi semua,” katanya.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleWan Saiful berdepan saingan lima penjuru
    Next Article Shahidan ajak pengundi Perlis tolak calon BN
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.