Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Shahidan ajak pengundi Perlis tolak calon BN
    PRU-15

    Shahidan ajak pengundi Perlis tolak calon BN

    adminBy admin05/11/2022Updated:05/11/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    ARAU | Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mengharapkan pengundi di Parlimen itu menolak calon dari luar negeri berkenaan termasuk calon Barisan Nasional (BN) yang didakwanya berasal dari Pulau Pinang.

    Menurutnya, ia adalah bagi membuktikan penduduk di Perlis mampu diketengahkan terutama dalam kepimpinan di peringkat kawasan bukannya calon yang sering ‘berpindah-randah’.

    “Orang Arau, saya minta pilih calon tempatan… termasuk di Padang Besar, calon daripada KL (BN)… yang di Arau (BN letak) calon daripada Pulau Pinang.

    “Orang Perlis pun ramai pemimpin, ramai tokoh hebat dan berwibawa, elok pilih calon tempatan, sebab calon luar seringkali datang dan pergi. Kalau dia (orang luar yang bertanding di Perlis) hebat, bertandinglah tempat sendiri kenapa cari tempat orang?,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Proses Penamaan Calon Parlimen Arau di Dewan Harumanis, Politeknik Tuan Syed Sirajuddin di Arau pada Sabtu.

    Dalam pada itu, Shahidan menzahirkan keyakinan bahawa beliau dan calon Perikatan Nasional (PN) di kesemua DUN dalam Parlimen Arau akan menang.

    Katanya, ia sekali gus membawa kepada perubahan kerajaan baharu dengan jangkaan tiga lagi DUN di Parlimen Kangar serta beberapa DUN dalam Parlimen Padang Besar berjaya dirampas PN.

    Tambahnya secara berseloroh, Pengerusi PN Perlis yang juga calon DUN Sanglang, Mohd Shukri Ramli bermungkinan akan dipilih menjadi Menteri Besar yang baharu sekiranya sasaran itu berjaya dicapai.

    “Di Arau, lima DUN, saya yakin kita menang dan Parlimen (ini juga) kita menang. Di Perlis kita akan menang dengan cemerlang, kita jangka dapat tiga kerusi daripada Kangar, (dengan itu) sudah boleh perintah negeri. Cikgu Shukri bakal jadi MB, (20 November boleh) menghadap Tuanku,” katanya.

    Terdahulu, Parlimen Arau yang disebut-sebut sebagai salah satu kerusi panas bagi Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan calon daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

    Ketiga-tiga calon berkenaan adalah penyandang kerusi itu, Datuk Seri Shahidan Kassim yang kini bertanding atas tiket PN, Datuk Rozabil Abdul Rahman (BN) dan calon berusia 28 tahun yang ditampilkan Pakatan Harapan, Fathin Amelia Fazlie.

    Pengumuman itu dibuat pada jam 12.15 tengahari oleh Pegawai Pengurus Pusat Penamaan Calon Parlimen Arau, Abdul Malek Hassan.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleHamzah tak ambil hati provokasi parti lawan
    Next Article Belum ada anak tempatan jadi wakil Simpang Renggam
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.