Facebook Twitter Instagram
    Monday, 29 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Ular tedung mati digigit budak lelaki
    Global

    Ular tedung mati digigit budak lelaki

    adminBy admin05/11/2022Updated:05/11/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    DEEPAK membalas serangan ular itu selepas gigitannya gagal dilepaskan. - Mail Online

    NEW DELHI | Seekor ular tedung mati selepas digigit seorang budak lelaki berusia lapan tahun dalam satu kejadian luar biasa di India, lapor akhbar Mirror UK semalam.

    Kejadian itu berlaku di kampung Pandarpadh, sebuah kawasan terpencil di tengah wilayah Chhattisgarh, Isnin lalu.

    Ketika kejadian, ular itu dilaporkan melilit lengan kanak-kanak berkenaan, Deepak, sebelum mematuk kulitnya. Dia kemudian membalas serangan reptilia itu dengan mengigitnya kembali.

    Menurut laporan, ular itu terjatuh di atas Deepak ketika dia sedang bermain di luar rumah. Ia melingkar pada lengannya sebelum mematuknya.

    Budak lelaki tersebut kemudian menggoncang lengannya dengan kuat untuk melepaskan ular itu, namun gagal. Dia tidak berputus asa lalu menggigit badan ular itu untuk membunuhnya.

    “Ular itu telah melilit tangan dan menggigit saya. Saya berasa amat sakit. Memandangkan reptilia itu tidak berganjak apabila saya cuba menepisnya, saya menggigitnya dengan kuat sebanyak dua kali. Semuanya berlaku dalam sekelip mata,” kata Deepak.

    Ibu bapa Deepak kemudian membawanya ke pusat perubatan berhampiran. Dia kemudian dipantau untuk memastikan dia pulih sepenuhnya.

    Doktor mendapati mangsa mengalami kesan ‘gigitan kering’ yang bermaksud ular tedung itu tidak mengeluarkan racun.

    “Deepak tidak menunjukkan sebarang gejala dan pulih dengan cepat kerana gigitan kering apabila ular berbisa menyerang.Tiada racun yang dikeluarkan untuk gigitan seperti itu,” kata seorang pakar ular kepada akhbar The New Indian Express.

    Ular dewasa yang mempunyai kawalan penuh terhadap racun sering memberikan gigitan kering. Ia sering berlaku apabila ular memberi amaran atau menakutkan haiwan lain berbanding membunuhnya. – SUMBER: Agensi

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleWarga emas tolak isteri berkerusi roda ke dalam laut
    Next Article Sofa dilempar dari balkoni, hempap kereta tepi jalan
    admin
    • Website

    Related Posts

    Emas C$20 juta ‘hilang’ dari lapangan terbang Toronto

    21/04/2023

    Genjatan senjata 72 jam di Sudan sempena Aidilfitri

    21/04/2023

    Indonesia akan haramkan seks di luar perkahwinan

    04/12/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.