KUALA KRAU | Calon PERIKATAN NASIONAL daripada PAS bagi Parlimen P085 Kuala Krau dicabar tiga calon lain pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krau, Ustaz Kamal Ashaari berdepan dengan pencabar yang juga penyandang daripada Barisan Nasional (BN), Dato’ Seri Ismail Said, Johari Osman (PH) dan Salahuddin Salleh (GTA).
Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jezlily Jamaluddin mengumumkan pencalonan mereka di Dewan Dewan Dato’ Zaharuddin, Peragap.
Parlimen Kuala Krau mempunyai tiga DUN iaitu Kerdau, Jengka dan Jenderak yang semuanya berlaku pertembungan tiga penjuru iaitu calon daripada Barisan Nasional (BN), PERIKATAN NASIONAL (PN) dan Pakatan Harapan (PH).
Pada PRU14 lalu, PAS memperolehi kemenangan di DUN Jengka melalui calon, Ustaz Shahril Azman Abdul Halim.