Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Selawat, takbir iringi calon PN Parlimen Tambun
    Politik

    Selawat, takbir iringi calon PN Parlimen Tambun

    adminBy admin06/11/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    IPOH | Bacaan selawat dan laungan takbir mengiringi calon-calon Perikatan Nasional (PN) yang bertanding di kerusi Parlimen Tambun, Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi dan DUN Hulu Kinta sempena hari penamaan calon di sini pada Sabtu.

    Calon kerusi Parlimen itu bagi PN, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bersama calon PN DUN Manjoi, Hafez Sabri dan calon PN DUN Hulu Kinta, Puteri Holijah Muhamad Rali, diarak oleh penyokong yang hadir seawal jam 8.15 pagi sebelum memasuki Pusat Penamaan Calon di Institut Latihan Perindustrian Ipoh.

    Ahmad Faizal yang juga penyandang kerusi Parlimen itu berkata, perjalanan hari penamaan calon lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

    Menurutnya, semua calon yang bertanding juga menunjukkan kematangan politik masing-masing ketika berada di pusat penamaan calon.

    “Ini amat penting untuk kita dalam usaha menjalani proses demokrasi di negeri ini. Alhamdulillah saya bersyukur dengan proses yang dijalankan.

    “Masing-masing ada peluang yang adil, saya harap ia (kempen) dapat dijalankan dengan penuh berhemah,” katanya ketika ditemui selepas proses penamaan calon.

    Ahmad Faizal turut yakin calon tempatan mempunyai kelebihan walaupun calon dari luar mempunyai nama besar yang dikenali.

    Menurutnya, para pengundi di Tambun lebih menginginkan perkhidmatan daripada calon yang mereka kenali, mudah didekati serta senang untuk mengadu masalah.

    Kerusi Parlimen Tambun menyaksikan pertembungan empat penjuru pada pilihan raya kali ini.

    Ahmad Faizal akan menentang calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim; calon BN, Datuk Aminuddin Md Hanafiah dan calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Abdul Rahim Tahir.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleFaktor anak tempatan tidak penting, beri khidmat bantu rakyat
    Next Article Fokus menang PRU15, tak bincang soal kerajaan campuran
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu

    29/05/2023

    SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal

    27/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.