Facebook Twitter Instagram
    Tuesday, 30 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Manifesto PN: Tawar 12 tunjang utama, 30 pendekatan, 234 tawaran
    PRU-15

    Manifesto PN: Tawar 12 tunjang utama, 30 pendekatan, 234 tawaran

    adminBy admin07/11/2022Updated:07/11/2022No Comments3 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    SHAH ALAM | Perikatan Nasional (PN) menawarkan 12 tunjang utama, 30 pendekatan dan 234 tawaran menerusi manifestonya sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

    Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tawaran itu digubal dengan mengambil kira pandangan dan sentimen rakyat dalam perkara yang dianggap penting oleh mereka.

    Menurutnya, beliau telah memberi mandat kepada jawatankuasa itu agar terlebih dahulu meneliti apakah keperluan utama rakyat yang mesti diberikan perhatian oleh kerajaan yang bakal dibentuk selepas PRU nanti.

    “Melalui kajian ini, keperluan utama rakyat adalah berkenaan isu ekonomi rakyat seperti kos sara hidup, pekerjaan, pendapatan, masalah inflasi, kenaikan harga barang dan lain-lain yang berkaitan.

    “Ini perkara pokok yang mesti diberikan perhatian utama oleh PN apabila mendapat mandat rakyat dalam PRU15.

    “Mengenai isu kos sara hidup dan kenaikan harga barang, baru-baru ini saya diberitahu bukan sahaja harga ayam mahal, tetapi bekalan ayam dan telur pun tak mencukupi,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika melancarkan Manifesto Perikatan Nasional Tawaran PN BEST PRU15 di sini pada Ahad.

    Menurut Muhyiddin, untuk mengatasi masalah itu, jika PN diberi mandat pada 20 November ini, Mesyuarat Kabinet pertama kerajaan PN akan membincangkan cara untuk menangani masalah itu.

    “Kita tahu kenaikan harga barang ini disebabkan oleh beberapa faktor termasuk gangguan bekalan dan kos bahan import yang tinggi. Jika bekalan tak mencukupi atau kos import meningkat, harga akan naik.

    “Jadi, untuk mengatasi isu kenaikan harga barang, kerajaan mesti melihat isu gangguan bekalan dan kos import dengan lebih serius terutama sekali dalam keadaan nilai ringgit yang jatuh menjunam berbanding matawang utama dunia yang lain, terumanya dollar Amerika Syarikat.

    “Isu kekurangan tenaga kerja yang menjejaskan produktiviti dan mengganggu rantaian bekalan juga mesti diselesaikan segera,” katanya.

    Beliau memaklumkan, ada kumpulan kontraktor kecil Bumiputera yang datang menemuinya baru-baru ini mengadu masalah kekurangan tenaga kerja.

    “Mereka kata mereka tak boleh ambil kontrak baharu kerana tiada pekerja. Kalau ada pun kosnya mahal dan mereka tak mampu bayar. Akhirnya mereka kehilangan kerja-kerja kontrak yang sepatutnya mereka boleh buat dan ini menjejaskan pendapatan mereka.

    “Jika kita berjaya membentuk kerajaan pada 19 November nanti, kita akan ambil tindakan segera untuk selesaikan isu-isu yang menjejaskan pendapatan rakyat dan pemulihan ekonomi negara,” katanya.

    Muhyiddin yang juga Presiden Parti Bersatu berkata, PN akan memberi tumpuan segera kepada usaha memulihkan ekonomi secara menyeluruh dan mampan serta berhasrat menjadikan Malaysia paksi ekonomi Asia Tenggara yang berteraskan industri masa hadapan.

    Untuk itu, katanya, kerajaan PN akan menyediakan Tabung Khas Galakan Pelaburan berjumlah RM5 bilion serta menggalakkan industri berteknologi tinggi bagi meningkatkan nilai tambah dan menyediakan pekerjaan berpendapatan tinggi khususnya tenaga kerja muda.

    Mengenai merancakkan proses pemulihan ekonomi negara, PN akan membangunkan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang berdaya saing sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi.

    Antaranya, kata beliau, meneruskan program penjadualan atau penstrukturan semula pembiayaan atau moratorium secara bersasar bagi membantu PMKS yang terjejas.

    “Selain itu, kita juga akan pastikan rakyat mendapat peluang pekerjaan terutama dalam sektor berpendapatan tinggi dengan PN menawarkan pewujudan satu juta pekerjaan dalam bidang berpendapatan tinggi dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

    “Ada orang tanya, bolehkah kita buat? Saya jawab boleh. Kenapa? Kerana kita ada pengalaman.

    “Semasa saya menjadi Perdana Menteri, saya mempengerusikan Majlis Pekerjaan Negara. Kita tetapkan sasaran untuk mewujudkan 500,000 pekerjaan pada tahun 2021. Alhamdulillah, pada akhir tahun 2021, sebanyak 558,000 peluang pekerjaan telah berjaya diwujudkan, iaitu melebihi sasaran asal.

    Beliau percaya jika PN diberi mandat oleh rakyat, kerajaan baharu itu akan buat dengan lebih baik lagi.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleTawaran bayaran balik PTPTN lebih bermaruah kepada mahasiswa
    Next Article Malaysia lebih mantap jika ditadbir PN
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.