Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » PRU-15 : BEST adalah tagline PN tawar calon bersih, kerajaan stabil
    PRU-15

    PRU-15 : BEST adalah tagline PN tawar calon bersih, kerajaan stabil

    mohd ZulkifliBy mohd Zulkifli07/11/2022Updated:07/11/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU | Dengan melaungkan tagline BEST, semua pemimpin dan calon Perikatan Nasional (PN) yang ditawarkan adalah bersih daripada sebarang tuduhan mahkamah, sekali gus mampu mentadbir kerajaan yang stabil jika diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15)ini.

    Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata BEST ialah gabungan daripada ‘bersih dan stabil’ yang menjadi pegangan PN bagi memastikan negara dipimpin oleh pemimpin yang bebas daripada rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa.

    Beliau yang juga calon PN bagi Parlimen Kota Bharu berkata, dengan imej berkenaan, pelabur asing juga akan lebih yakin untuk melabur, sekali gus ekonomi negara akan kembali pulih.

    “Kita bukan saja mendakwa, tapi keadaan sebenarnya adalah tidak ada pemimpin daripada PN yang telah, sedang dan akan dituduh ke mahkamah sedangkan (pemimpin) parti lain ada yang sedang menjalani hukuman serta dalam proses perbicaraan.

    “Apa yang lebih lawak, ada di kalangan pemimpin dia kata ada lagi di kalangan mereka akan dituduh di mahkamah. (Pengakuan) itu bukan kita kata tapi pemimpin parti itu sendiri yang kata akan ada lagi pemimpin yang akan dituduh di mahkamah. (Jadi) mungkin ada lah.

    “Jadi bagi kita PN adalah bersih daripada kes penyelewengan serta rasuah, malahan Tan Sri Muhyidin Yassin adalah orang paling kuat menentang rasuah serta penyelewengan,” katanya kepada pemberita selepas Ceramah Kelompok di Bilik Gerakan Utama PN Kota Bharu, di sini, malam tadi.

    Turut hadir, Ketua BERSATU Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi.

    Media melaporkan Parlimen Kota Bharu menyaksikan persaingan sengit apabila enam parti politik bersaing merebut kerusi tersebut pada PRU15, 19 November ini yang mana lima calon mencabar Takiyuddin yang mempertahankan kerusi terbabit.

    Calon berkenaan iaitu Naib Ketua UMNO Kota Bharu Datuk Rosmadi Ismail; Timbalan Ketua Wanita Pakatan Harapan Kelantan, Dr Hafidzah Mustakim; Prof. Datuk Dr Che Musa Che Omar (Putra); Tan Boon Kian @ Andy Tan (PRM); dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas).

    Dalam pada itu, Takiyuddin terharu apabila ada di kalangan calon daripada BERSATU turut serta berbaiah atau akur janji bersama calon PAS sehari sebelum penamaan calon, kelmarin.

    “Bagi calon PASS diwajibkan baiah atau ikrar taat setia kepada tanggungjawab parti, namun pada malam sebelum penamaan calon, terdapat calon daripada BERSATU secara sukarela baiah.

    “Paling kurang satu orang (berbaiah) secara sukarela atas kesedaran bahawa calon kita serius. Baiah ini adalah supaya kita tidak mengkhianati parti dan tidak khianati mandat yang diberikan rakyat,” katanya.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePRU-15 : Hanya PN boleh ubah nasib Kelantan daripada terus dianaktirikan – Mohamed Farid
    Next Article Kepimpinan Ismail Sabri dan Muhyiddin adalah bersih
    mohd Zulkifli
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.