Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Tawaran bayaran balik PTPTN lebih bermaruah kepada mahasiswa
    PRU-15

    Tawaran bayaran balik PTPTN lebih bermaruah kepada mahasiswa

    adminBy admin07/11/2022Updated:07/11/2022No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUANTAN | Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menyifatkan tawaran pengurangan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah lebih bermaruah kepada peminjam.

    Katanya, tawaran yang dilakukan menerusi manifesto Perikatan Nasional (PN) itu lebih praktikal selain menjadi motivasi kepada peminjam.

    Beliau yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Indera Mahkota menjelasnya, meskipun tawaran itu pernah dicanangkan oleh sebuah parti dalam manifestonya sebelum ini namun ia bukan seperti yang ditawarkan PN.

    “Dari segi pembayaran PTPTN itu, apa yang ditawarkan ialah motivasi untuk orang bayar. Motivasi itu sesuai dengan pencapaian membayar balik hutang, pada saya skim yang amat baik.

    “Tapi sesetengah tawaran sebelum ini tak logik, menghapuskan misalnya itu bukan satu pengajaran yang baik pada mahasiswa.

    “Yang ini tawaran yang memotivasi untuk belajar dengan cemerlang untuk mendapat prestasi terbaik dan kerana itu ada diskaun dan sebagainya. Dan saya fikir itu lebih bermaruah dan lebih bijaksana,” katanya di Balok Perdana, di sini, hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu pengurangan bayaran balik pinjaman PTPTN yang dikatakan tidak banyak berbeza dengan yang ditawarkan sebelum ini.

    Terdahulu, Saifuddin menyantuni penduduk Semambu dan Indera Mahkota dalam kempennya untuk mempertahankan kerusi Parlimen Indera Mahkota pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePerkara ini bukanlah satu perkara yang besar
    Next Article Manifesto PN: Tawar 12 tunjang utama, 30 pendekatan, 234 tawaran
    admin
    • Website

    Related Posts

    Penduduk Melayu Tioman tolak kerjasama BN-PH

    28/11/2022

    Muhammad Fawwaz harap PM tak ‘pinggirkan’ Permatang Pauh

    27/11/2022

    Ini bukan Kerajaan Perpaduan, tetapi kerajaan PH

    27/11/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.