Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Masyarakat Siam di Kelantan semakin terbuka terima PN
    PRU-15

    Masyarakat Siam di Kelantan semakin terbuka terima PN

    adminBy admin09/11/2022Updated:09/11/2022No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Masyarakat Siam di Kelantan yang sebelum ini menjadi penyokong setia parti Barisan Nasional (BN), kini mula menunjukkan perubahan dalam kalangan mereka yang dilihat semakin terbuka menerima Perikatan Nasional (PN).

    Ia terbukti apabila baru-baru ini, ketua-ketua komuniti Siam menghadiri perjumpaan dengan calon PN Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Md Nawi.

    Mumtaz berkata, berdasarkan perkembangan yang berlaku sekarang, sudah ada perubahan dalam kalangan masyarakat Siam yang semakin menunjukkan potensi menyokong Pas dan PN.

    “Kita melihat mereka semakin berminat bersama PN. Mereka mahu gandingan yang mantap di peringkat negeri dan parlimen demi kestabilan dan kesejahteraan hidup rakyat,” katanya pada sidang media di Pusat Media PRU-15 PAS Kelantan, pada Selasa, lapor Harakah Daily.

    Beliau yang juga anggota Exco kerajaan negeri menegaskan bahawa perkembangan positif yang berlaku itu memperlihatkan ada gelombang PN di Tumpat sekarang.

    “Mereka tertarik dengan slogan yang dibawa PN iaitu Prihatin-Bersih-Stabil (BEST) yang dilihat berbeza dengan BN sebelum ini,” tambah beliau.

    Mengulas lanjut, ujar Mumtaz, masyarakat Siam sangat terbuka dan akan melihat siapakah yang boleh tawarkan kepada mereka pembangunan dan kestabilan.

    “Kita melihat ini satu perkembangan baharu, yang mana masyarakat Siam di Kelantan mudah menerima PN walaupun mereka mengenali BN sejak sekian lama,” katanya.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleRasman persoal sumbangan Khaled Nordin di Kota Tinggi sewaktu jadi MB
    Next Article Azmin mahu teruskan usaha jadikan Gombak daerah sejahtera
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.