Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Pakatan sulit BN, PH bergabung berita sahih saya terima
    PRU-15

    Pakatan sulit BN, PH bergabung berita sahih saya terima

    adminBy admin10/11/2022Updated:10/11/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    PAGOH | Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu bahawa beliau telah mendapat berita sahih bahawa Barisan Nasional (BN) akan bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) sekiranya jumlah kerusi Parlimen kedua-dua parti itu boleh membentuk kerajaan.

    Jika perkara itu benar-benar terjadi, katanya, bukan sahaja ahli UMNO sendiri yang rugi, malah akan menjadi satu berita buruk kepada negara.

    “Saya telah dapat berita sahih pada pagi ini bahawa ada pakatan yang sulit di antara Zahid (Presiden UMNO dan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) dengan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim (Presiden PKR dan Pengerusi PH),” katanya.

    Muhyiddin yang juga calon Perikatan Nasional yang mempertahankan Parlimen Pagoh yang dimenanginya sebelum ini, berkata demikian ketika majlis sembang santai bersama penduduk Kampung Panjang Sari, Kampung Sri menanti dan Kampung Sri Makmur di sini, pada Rabu.

    Menurutnya jika gabungan itu menjadi kenyataan ianya boleh merugikan orang Melayu dan negara kerana di dalam PH terdapat parti DAP yang menentang hak keistimewaan orang Melayu hingga berusaha untuk mengubah undang-undang.

    “Saya biasa duduk bersama DAP dulu. Tapi Saya tak boleh duduk lama… pasal bila Bersatu ada bersama dengan Pakatan Harapan yang di dalamnya ada DAP, sokongan orang Melayu terus merosot.

    “Pilihan raya kecil di Semenyih kalah. Di Tanjung Piai kalah. Waktu itu saya dah beritahu Tun Dr Mahathir Mohamad… saya kata Tun… kita tak keluar dari Pakatan Harapan lunyai kita dibuat dalam pilihan raya akan datang..

    “Hari ini alhamdulillah saya tinggalkan Pakatan Harapan. Pasal ada DAP dalam itu. Kita tahu parti-parti ini nampak demokrasi… tapi apa perjuangan dia? Apa ideologinya? Tak selari dengan perjuangan kita orang Melayu Islam dan juga rakyat Malaysia yang lain,” katanya, lapor Agenda Daily.

    Beliau memberi contoh apabila DAP meminta lapan Ketua Setiausaha Negara ditukar sebaik sahaja mereka naik menjadi kerajaan selepas PRU-14.

    Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika itu, kata Muhyiddin mahu mengambil RM2 bilion wang Ekuinas yang ditubuhkan untuk membina dan memperbaiki jalan di Tanah Rancangan Felda.

    “Jadi sebab itu, kalau Zahid… dia kata mungkin dia tak cukup kerusi. Dia dah beritahu dia akan gabungkan dengan Pakatan Harapan.

    “Jadi jika sudah begitu keadaannya BN dan PH… maka rakyat, termasuk ahli UMNO, tiada pilihan selain mengundi Perikatan Nasional supaya dapat menubuhkan sebuah kerajaan yang Prihatin, Bersih dan Stabil,” katanya.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePKR sengaja mahu calon sendiri kalah di Bagan Datuk
    Next Article Muhyiddin ajak rakyat ubah perkara mungkar, cipta kehidupan lebih baik
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.