Facebook Twitter Instagram
    Tuesday, 30 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Shahidan bantu PN gempur Perlis
    PRU-15

    Shahidan bantu PN gempur Perlis

    adminBy admin10/11/2022Updated:10/11/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    ARAU | Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam arena politik Perlis akan menjadi ‘panglima perang’ kepada Perikatan Nasional (PN) untuk mengatur strategi serta menggempur negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

    Shahidan yang juga penyandang kerusi Parlimen Arau, digugurkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada PRU15 dan kini beliau menjadi taruhan PN dalam misi mempertahankan kerusi itu dan menggempur Perlis.

    Pengerusi PN Perlis, Mohd Shukri Ramli yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis berkata Shahidan akan melaksanakan tugasnya sebagai ‘panglima perang PN’ bagi membantu rakan-rakan ahli gabungan lain melepaskan Perlis daripada genggaman BN.

    “Kita (PN) yakin dengan kemampuan beliau (Shahidan) dapat membimbing gabungan jentera PN. PAS Perlis akan memberi sokongan dan bantuan penuh kepada Shahidan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Perlis, Abu Bakar Hamzah turut menyatakan keyakinan terhadap kemampuan Shahidan sebagai perancang utama yang mampu membawa perubahan di Perlis yang sebelum ini dikenali sebagai kubu kuat BN.

    “Dengan bantuan Shahidan, saya yakin jentera parti gabungan PN akan lebih kukuh dan kebal kerana beliau mempunyai pengetahuan dan pengalaman luas sebagai panglima perang BN sebelum ini.

    “Shahidan bukan hanya akan membantu dari sudut sokongan moral tetapi mungkin boleh membantu kita (PN) dari sudut lain seperti menyusun gerak kerja dan strategi,” katanya yang juga Naib Pengerusi PN Perlis.

    Shahidan yang digugurkan keahliannya daripada UMNO kerana bertanding atas tiket PN berkata beliau akan menggunakan pengalamannya sebagai Pengarah Pilihan Raya BN Perlis sebelum ini bagi membawa kemenangan kepada PN.

    “Sebelum ini saya orang yang bertanggungjawab menyusun strategi dari ‘A to Z’ bagi memastikan kemenangan BN di Perlis pada PRU14 dan tidak mustahil saya dapat membantu PN pula,” katanya.

    Shahidan berkata beliau bukan hanya berkempen untuk Parlimen Arau sebaliknya akan membantu rakan-rakan dalam gabungan PN yang lain sehingga hari mengundi pada 19 Nov nanti.

    Beliau meletakkan sasaran untuk menawan 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu empat yang terletak dalam Parlimen Arau dan masing-masing tiga kerusi DUN di Kangar dan Padang Besar.

    Pengerusi PN Tan Sri Muhyidin Yassin pada Selasa dilaporkan berkata PN mampu menawan Perlis pada PRU15 berdasarkan gelombang sokongan yang ditunjukkan oleh pengundi di negeri ini.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePN jauh di depan raih sokongan pengundi
    Next Article Sam Bankman-Fried hilang RM69 bilion
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.