Facebook Twitter Instagram
    Monday, 29 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Gadis akui jalani pembedahan kosmetik sejak sekolah rendah
    Global

    Gadis akui jalani pembedahan kosmetik sejak sekolah rendah

    adminBy admin12/11/2022Updated:12/11/2022No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Zirazyo_ menjalani pembedahan sejak di sekolah rendah. - @Zirazyo_/Twitter

    TOKYO | Seorang gadis di Jepun mencetuskan kontroversi baru-baru ini selepas mendedahkan bahawa dia telah menjalani pembedahan plastik sejak di bangku sekolah rendah dan membelanjakan lebih 10 juta yen (RM333,393) untuk menukar penampilannya, lapor laman berita Oddity Central semalam.

    Gadis dikenali sebagai Zirazyo_ itu ialah seorang pesohor media sosial di Jepun yang tular apabila mendedahkan bahawa penampilannya sekarang adalah hasil daripada pembedahan plastik.

    Gadis itu memuat naik sebuah klip video di TikTok di mana dia mendakwa telah menjalani pembedahan kosmetik pertamanya semasa berada di gred 5 (10 atau 11 tahun).

    Dia mengaku bergelut dengan pelbagai kritikan mengenai pembedahan plastik itu seumur hidup. Dia berjuang untuk memecahkan stigma bahawa pembedahan plastik adalah perkara negatif.

    Zirazyo_ turut mengaku bahawa kecomelan adik perempuannya mempengaruhi keputusan untuk dia menjalani pembedahan.

    Menurut Zirazyo_ , semasa berada di sekolah menengah, dia tidak mempunyai teman lelaki dan sering dibuli. Namun, selepas tiga pembedahan, penampilannya berubah dan pandangan orang terhadapnya juga lain.

    Gadis berkenaan turut menasihati orang ramai untuk tidak membandingkan diri mereka dengan orang lain jika mahu kekal waras kerana media sosial kini mampu membuatkan pengguna tertekan. – SUMBER: Agensi

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleImigresen kutip hasil lebih RM5 bilion
    Next Article PH, BN tak dapat bentuk kerajaan bersih, bebas
    admin
    • Website

    Related Posts

    Emas C$20 juta ‘hilang’ dari lapangan terbang Toronto

    21/04/2023

    Genjatan senjata 72 jam di Sudan sempena Aidilfitri

    21/04/2023

    Indonesia akan haramkan seks di luar perkahwinan

    04/12/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.