Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Jangan Pilih Parti Tawar Manifesto Retorik… Pilih Yang Realistik – Mahdzir
    PRU-15

    Jangan Pilih Parti Tawar Manifesto Retorik… Pilih Yang Realistik – Mahdzir

    adminBy admin12/11/2022Updated:12/11/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KEDAH |Pengundi disaran memilih parti yang menawarkan manifesto yang lebih realisitik berdasarkan realiti semasa.

    Menurut Nasib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzri Khalid, ini kerana janji yang bulan bintang Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) hanya memakan diri dan menjadikan negara tidak stabil sehingga terpaksa bertukar kerajaan selama tiga kali dalam satu penggal.

    “Saya mengharapkan pengundi-pengundi yang akan mengundi pada hujung minggu nanti supaya tidak lagi terpedaya dengan apa yang disebutkan okeh PH kerana mereka dah janji.

    “Mereka buat janji itu ini, tetapi mereka tidak laksanakan,” katanya.

    Pada PRU kali ini, dilihat parti gabungan PKR, DAP dan AMANAH itu sekali lagi meminta ruang diberikan kepada mereka supaya beberapa janji mereka dapat dilaksanakan.

    Antaranya, mewujudkan Biasiswa B40 bagi mengurangkan kebergantungan terhadap PTPTN dan elaun penjagaan warga emas, harga tetap tiket perjalanan Sabah Sarawak.

    Pemimpin pembangkang sebelum ini juga turut menjelaskan, mereka tidak dapat melunaskan janji PRU14 kerana pengkhianatan yang berlaku sehingga menyebabkan kerajaan PH jatuh selepas 22 bulan memerintah.

    Bagaimanapun, Mahdzir yang merupakan calon BN parlimen Padang Terap berkata, beliau tidak menyalahkan pengundi yang telah diperdaya, namun mengingatkan agar peluang tidak lagi diberikan kepada mereka.

    “Pada PRU14 yang lalu pada 2018 kita tidak salahkan pengundi yang telah balik ke kampung ataupun mengundi PH pada waktu itu kerana pada waktu itu kebanyakan pengundi terpedaya dengan janji-janji yang besar dibuat oleh PH dalam manifestonya.

    “Seperti yang kita semua tahu selepas mereka menjadi kerajaan mereka tidak dapat melaksanakan apa-apa janji yang dibuat dalam manifesto mereka,” ujarnya. – SUMBER: UMNO Online

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleUsaha Kelirukan Pengundi… Jangan Dengar Bulat-Bulat – Hishammuddin
    Next Article Zalim pilih pemimpin terbukti tidak berintegriti
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.