Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Lelaki tersangkut dalam paip pembetung
    Global

    Lelaki tersangkut dalam paip pembetung

    adminBy admin12/11/2022Updated:12/11/2022No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    ANGGOTA penyelamat bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa selama tujuh jam. - CEN

    MOSCOW | Seorang lelaki di Russia mengalami detik cemas apabila tersekat di dalam sebatang paip pembetung selebar 30 sentimeter selepas memanjat masuk ke dalamnya tanpa sebab munasabah, lapor akhbar Daily Star semalam.

    Anggota penyelamat terpaksa mengambil masa selama tujuh jam untuk mengeluarkan Evgeny Titov, 21, dari paip pembetung itu di sebuah tempat letak kereta di Lapangan Terbang Pulkovo, Saint Petersburg.

    Titov melakukan perjalanan ke Saint Petersburg untuk melawat seorang rakan, tetapi mendakwa bahawa dia tidak ingat bagaimana boleh masuk ke dalam paip itu.

    Dia merangkak sejauh 12 meter (m) di sepanjang pembetung sebelum tersekat dan terpaksa meminta bantuan.

    Operasi menyelamatkan mangsa melibatkan pemotongan tar, menggali lubang sedalam 6 m dan membuka paip pembetung untuk membebaskan Titov yang tidak berbaju.

    Dia dibawa ke unit rawatan rapi sebuah hospital tempatan untuk dirawat akibat hipotermia dan kemudian dipindahkan ke jabatan lain.

    Agensi penguatkuasaan undang-undang percaya Titov mabuk ketika kejadian namun, dia menafikan perkara itu.

    Media tempatan melaporkan bahawa Titov mungkin perlu bertanggungjawab dari segi kos atas segala kerosakan yang ditimbulkan oleh tindakannya. – SUMBER: Agensi

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePelihara kebajikan rakyat Tumpat misi Mumtaz
    Next Article PERIKATAN NASIONAL mampu pecah rekod BN di Besut
    admin
    • Website

    Related Posts

    Emas C$20 juta ‘hilang’ dari lapangan terbang Toronto

    21/04/2023

    Genjatan senjata 72 jam di Sudan sempena Aidilfitri

    21/04/2023

    Indonesia akan haramkan seks di luar perkahwinan

    04/12/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.