Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Isu kenyataan pemimpin pemuda PAS Sik tidak perlu diperbesarkan
    PRU-15

    Isu kenyataan pemimpin pemuda PAS Sik tidak perlu diperbesarkan

    adminBy admin13/11/2022Updated:13/11/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan kenyataan pengundi ‘masuk api neraka’ jika memilih Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

    Muhyiddin berkata, seharusnya semua pemimpin PN mengelak daripada mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana boleh menimbulkan salah faham.

    Katanya, mungkin mereka sudah mengetahui penjelasannya dan beliau sendiri juga tidak suka untuk membuat kenyataan seperti itu.

    “Tak apalah saya fikir mereka sudah mengetahui penjelasannya. Saya sendiri tidak berapa gemar buat kenyataan seperti itu.

    “Yang penting elakkan kenyataan boleh timbulkan salah faham dalam kalangan pengundi,” katanya selepas menghadiri dalam program Santai Anak Muda Johor di Dewan Terbuka Taman Sri Penggaram di sini, pada Sabtu.

    Muhyiddin berkata, pihaknya turut mengharapkan isu kenyataan oleh pemimpin pemuda PAS Sik itu tidak perlu diperbesarkan.

    “Seharusnya semua pemimpin PN perlu mengelakkan mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana boleh menimbulkan salah faham,” katanya.

    Semalam, Ketua Pemuda PAS Sik, Mohd Shahiful Mhd Nasir, tampil memohon maaf susulan ucapannya yang memberi amaran pengundi ‘masuk api neraka’ jika memilih BN atau PH, berbanding PN.

    Dalam video dimuatnaik dalam laman Facebook Pemuda PAS Sik, Shahiful mengemukakan permohonan maaf sambil mengakui kenyataan dibuatnya menyinggung ramai pihak.

    Katanya, beliau juga mahu video berhubung kenyataan itu tidak disebarkan demi menjamin PRU bebas daripada isu perkauman dan agama melampau.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleKDN belum terima laporan kebocoran data pengundi SPR
    Next Article Pengundi Cina tak percaya cerita Anwar
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.