Oleh: IDIHAYS / Pic
CALON Perikatan Nasional (PN) kerusi P118, Setiawangsa, Nurul Fadzilah Kamaluddin berjanji akan cuba hadiri setiap jemputan program yang diadakan di kawasan itu.
Peguam & aktivitis masyarakat itu berkata, jika menang dalam PRU15 yang ditetapkan pada 19 November ini, beliau sendiri atau paling kurang wakilnya akan hadir ke semua jemputan sama ada rasmi atau tidak.

Katanya, usaha tersebut merupakan antara pendekatan yang akan dilaksanakan untuk memastikan aspek kebajikan dan keperluan rakyat sentiasa diberi keutamaan.
“Inisiatif ini adalah satu usaha yang efektif kerana banyak cakap-cakap mengatakan Yang Berhormat sebelum ini agak sukar Dan kurang turun padang untuk ditemui rakyat.

“Jadi, untuk memastikan usaha ini berjaya direalisasikan khusus buat warga penduduk Setiawangsa, perjalanan kempen saya sama ada suka atau tidak terpaksa juga didepani Walaupun dalam ketidaktentuan cuaca yang berlaku ketika ini,” katanya ketika program Walkabout di Taman Tasik Titiwangsa.
Selain menemui para pengunjung beridah di Taman tersebut, Nurul Fadzilah turut tidak melepaskan peluang beramah mesra serta bertanya Khabar para peniaga di situ.

Mengulas lanjut, Nurul Fadzilah berkata, Walaupun dalam keadaan ketidaktentuan cuaca ketika ini beliau bersama pasukannya tetap komited berusaha menemui seramai mungkin warga penduduk khususnya dalam kalangan pengundi di Setiawangsa.
“Alhamdulillah.. saya rasa walaupun dalam keadaan begini (hujan tidak menentu), kita tetap bersemangat, tetap terus perjalanan dan maju ke hadapan, kita tidak pandang ke belakang.
“Walaupun dalam cuaca hujan dan keadaan kita tahu musim banjir, memang parti (PN) tak galakkan diadakan Pilihan raya di dalam musim-musim banjir begini.
“Namun pembubaran Parlimen telah dibuat jadi saya dan team akan tetap teruskan juga kempen ini demi menyantuni rakyat semua walaupun kita basah kuyup, kita sanggup jumpa dengan rakyat,” katanya.

Selain menemui setiap lapisan Masyarakat, Nurul Fadzilah turut perkenalkan 10 Inisiatif untuk rakyat di Setiawangsa jika memenangi PRU15 ini antaranya menyediakan khidmat guaman percuma kepada golongan Wanita teraniaya dan mewujudkan Dapur Setia bagi membantu golongan kekurangan nutrisi.
Selain itu jelasnya, karnival kerjaya Dua Kali setahun akan cuba dianjurkan dalam usaha membuka peluang kerjaya kepada golongan muda di samping membuka pusat khidmat setempat di bawah satu bumbung untuknya memberikan khidmat kepada rakyat.