Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Daftar pemilih boleh dibeli daripada SPR
    PRU-15

    Daftar pemilih boleh dibeli daripada SPR

    adminBy admin14/11/2022Updated:14/11/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    MUAR | Senarai Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) boleh dibeli oleh mana- mana individu daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

    Bagaimanapun, beliau berkata, sekiranya senarai tersebut disertakan dengan nombor telefon setiap individu, data tersebut bukanlah diperoleh daripada SPR.

    “Saya nak maklumkan nama-nama pengundi ini memang boleh dibeli, yang nak pergi beli kat sindiket itu buat apa?

    “(Daftar pemilih) boleh dibeli melalui SPR, kalau nama-nama pengundi itu ada nombor telefon maknanya itu bukan daripada SPR.

    “Setakat ini, belum ada sebarang laporan mengenai isu ini. Saya fikir setakat ini SPR faham dan sesiapa pun boleh beli senarai pengundi daripada SPR,” katanya pada sidang media selepas Sesi Taklimat Persediaan Banjir dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bakri, di sini, pada Ahad.

    Sebelum ini, media melaporkan pangkalan data dalam sistem MySPR melibatkan 800,000 pengguna didakwa ditawarkan di pasaran pangkalan data terkenal dengan harga jualan pada RM9,401.

    Sementara itu, Hamzah yang juga penyandang kerusi Parlimen Larut berkata, sebanyak 130 laporan polis diterima membabitkan kempen PRU15 di Johor melibatkan pelbagai kesalahan.

    Ditanya sama ada terdapat laporan polis mengenai dakwaan anggota tentera yang terbabit dengan pengundian di Bera, Pahang dan dibayar RM300, Hamzah berkata tiada laporan diterima mengenai hal itu.

    Berhubung, kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut dan PRU15, Hamzah berkata, PDRM akan dibantu Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

    “Seramai 4,057 pegawai dan anggota polis dari 13 Daerah Kontinjen Johor ditugaskan bagi misi banjir dengan 134 aset PDRM sedia diatur gerak termasuk 29 bot, 40 buah lori dan 65 kenderaan pacuan empat roda.

    Manakala 8,526 pegawai dan anggota dikerah bagi penugasan PRU15 dan akan turut dibantu oleh Rela,” katanya.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleKamarudin sentiasa prihatin keperluan rakyat Bandar Tun Razak
    Next Article PN perlu menang di Pulau Pinang untuk bentuk kerajaan
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.