Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Nak pilih Tok Penghulu pun mesti orang berakhlak
    PRU-15

    Nak pilih Tok Penghulu pun mesti orang berakhlak

    adminBy admin14/11/2022Updated:14/11/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    IPOH | Rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu, perlu memilih pemimpin yang mempunyai akhlak baik dan terpuji untuk mentadbir, supaya negara tidak rosak.

    Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata dalam memilih pelbagai peringkat pemimpin, rakyat pastinya mahukan individu yang bersih serta amanah untuk memimpin mereka.

    “Bila mana kita nak menilai seorang pemimpin mesti ada nilaian-nilaian tertentu. Kalau nak jadi ketua kampung pun dinilai. Nak jadi tok penghulu dan pegawai kerajaan pun dinilai… nak jadi pegawai daerah juga ada nilaiannya.

    “Apa lagi kalau ianya untuk menjadi seorang pemimpin utama negara… sebagai Perdana Menteri perlu dinilai terutama dari segi akhlak dan amanah supaya negara tidak rosak dan terjerumus ke dalam lubang yang paling dalam,” katanya.

    Muhyiddin berkata demikian pada Jelajah PN BEST di Parlimen Tambun di sini, pada Ahad.

    Kata Muhyiddin, rakyat sudah pasti tidak mahu sejarah hitam pentadbiran lebih 60 tahun Barisan Nasional (BN) dan 22 bulan Pakatan Harapan (PH), berulang semula.

    “Sejarah hitam negara telah berlaku dan kita pastinya tidak mahu perkara itu berulang. Jangan salah buat pilihan mengundi UMNO, BN dan PH.

    “Tetapi sekarang ini sudah tertubuh Perikatan Nasional… bermakna sudah ada satu pilihan baru. Yang pastinya kalau dinilai dalam tempoh yang begitu singkat Perikatan Nasional adalah satu pilihan yang terbaik.

    “Kepimpinan Perikatan Nasional sentiasa prihatin kepada permasalahan rakyat selain nilai akhlak pemimpinnya lebih bersih daripada BN dan PH. Tidak ada skandal atau rasuah yang melibatkan pemimpin Perikatan Nasional,” katanya lagi.

    Muhyiddin berkata dalam kalangan pemimpin BN wujud mereka yang tidak amanah dan terlibat menerima rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa selama memerintah Malaysia.

    Begitu juga katanya dalam kalangan pemimpin PH yang tidak bermoral dan terlibat dengan isu akhlak sehingga dituduh di mahkamah dan dihukum penjara.

    “Adakah rakyat mahukan pemimpin rasuah dan tidak berakhlak memimpin negara. Jika ini berlaku negara akan rosak lebih teruk,” katanya.

    Muhyiddin berkata namun, pemimpin Kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini tidak terlibat dengan kes-kes mahkamah sebaliknya, telah mengurus negara, terutama menangani Covid-19 iaitu wabak yang tidak pernah berlaku dan diketahui sebelum ini, dengan cara terbaik.

    Sehubungan itu, Muhyiddin meminta pengundi, khususnya anak muda, keluar beramai-ramai mengundi Perikatan Nasional bagi menubuhkan sebuah Kerajaan Persekutuan yang Prihatin, Bersih dan Stabil, pada 19 November ini.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleHarap pengundi buat pilihan tepat’- Muhyiddin
    Next Article Anwar perlu cermin diri sebelum bercakap mengenai nepotisme
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.