Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Persaingan dijangka sengit di Setiawangsa
    PRU-15

    Persaingan dijangka sengit di Setiawangsa

    adminBy admin16/11/2022Updated:16/11/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Oleh: SYAHIDI BAKAR / Pix

    PERSAINGAN enam penjuru di Setiawangsa dijangka berlangsung sengit apabila setiap calon yang bertanding memiliki kekuatan tersendiri untuk memenangi kerusi panas disandang oleh calon PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad itu.

    SUKAN Bola jaring turut dianjurkan sebagai Salah satu inisiatif untuk beriadah secara sihat bersama anak muda.

    Bagi calon Perikatan Nasional (PN), Nurul Fadzilah Kamaluddin, peluang setiap calon yang bertanding untuk menang masih lagi terbuka luas malahan semua parti memiliki kelompok penyokong yang tersendiri.

    Katanya, untuk memastikan kemenangan itu akan berpihak kepada PN, gerak kerja parti terus dipergiat tanpa mengenal penat lelah menghadapi hari pengundian 19 November ini.

    SELAIN berkempen di kawasan penempatan, Nurul Fadzilah Dan pasukan turut mengadakan aktiviti mendaki Bukit Dinding bagi mendekati golongan muda yang menggemari sukan Dan rekreasi.

    “Untuk kerusi P118, Setiawangsa gerak kerja PN telah mencapai hingga lebih 80 peratus meliputi pelbagai kelompok komuniti serta peringkat umur sama ada pengundi India, Cina mahupun Melayu.

    “Alhamdulillah penerimaan masyarakat juga positif di mana mereka mengharapkan satu perubahan kondusif bagi Setiawangsa yang memiliki lebih 95,0000 pengundi berdaftar di 17 PDM,” katanya yang dihubungi Journal Malaysia, hari ini.

    HUJAN lebat tidak menjadi halangan bagi calon PN, Nurul Fadzilah untuk menyantuni warga di sekitar Taman Tasik Titiwangsa.

    Sementara itu, Parlimen Setiawangsa turut menyaksikan lebih 10,000 pengundi dalam kalangan anggota tentera, yang telah keluar mengundi awal pada 15 November lalu yang
    sekaligus dilihat akan menyumbang kepada kemenangan calon yang bertanding.

    Selain Nurul Fadzilah, kerusi Setiawangsa turut menyaksikan 5 lagi calon bertanding iaitu Calon BN, Datuk Seri Izudin Ishak; parti Pejuang, Bibi Sunita Sakandar Khan; Dua calon Bebas ,Lim Yen Tiong serta Mior Rosli Mior Mohd Jaafar selain penyandang Dari PH, Nik Nazmi Nik Ahmad.

    Mengulas lanjut, Nurul Fadzilah berkata, pada fasa terakhir kempen yang berbaki lagi 2 Hari, pasukannya akan Cuba untuk menemui kesemua penduduk di kawasan penempatan termasuk pengundi muda yang diramal menjadi penentu kemenangan bagi calon yang bertanding.

    “Selain menjayakan beraneka program di kawasan Setiawangsa setiap hari, kami juga merencanakan gerak kerja kempen yang lain daripada lain termasuk melaksanakan aktiviti memanjat gunung bagi mendekati pengundi muda selain beriadah Santai.

    “Saya optimis untuk menyantuni warga di Setiawangsa seterusnya raih kemenangan di kerusi P118, bagi menyumbang satu kerusi untuk PN bagi merealusasikan agenda bagi menawan Putrajaya,” ujarnya.

    Pada PRU14 lalu, kerusi Parlimen dimenangi Naib Presiden PKR, Nik Nazmi yang meraih majoriti 14,372 undi.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleLima lelaki ditahan susulan pukul penghulu
    Next Article Bina lebuh raya baharu pesisir pantai Johor-Selangor jika PN menang
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.