Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Calon PN umum empat tawaran baharu
    PRU-15

    Calon PN umum empat tawaran baharu

    adminBy admin17/11/2022Updated:17/11/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KLUANG | Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Simpang Renggam, Mohd Fazrul Kamat mengumumkan empat tawaran baharu sekiranya menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu ini.

    Beliau berkata, tawaran tersebut tidak diberitahu sebelum ini dan diumumkan dalam masa berbaki dua hari sebelum tamat tempoh berkempen.

    “Empat tawaran baharu ini segaja dilewatkan untuk dimaklumkan sebagai usaha terakhir memikat pengundi selepas melihat sambutan luar biasa daripada penduduk setempat.

    “Perkara utama yang menjadi taruhan adalah ingin membawa suara Simpang Renggam dan peranan di Dewan Rakyat dengan menubuhkan jawatankuasa khas mengumpulkan kepakaran tempatan, pemimpin komuniti, badan bukan kerajaan untuk membincangkan dan membawa isu setempat,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa berkempen di pekan Simpang Renggam di sini pada Khamis.

    Pada PRU15, Mohd Fazrul akan berdepan calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik, calon BN, Datuk Seri Hasni Mohammad dan calon Gerakan Tanah Air (GTA), Kamal Kusmin.

    Katanya, tawaran itu bertujuan membawa isu setempat ke Dewan Rakyat untuk perhatian segera selain membincangkan polisi dan dasar nasional di peringkat kebangsaan yang terkait secara langsung dengan kehidupan orang-orang Simpang Renggam.

    “Tawaran kedua adalah membangun dan memperkasakan ekonomi penduduk setempat dengan menjadikan Simpang Renggam sebagai hab ekonomi digital luar bandar yang memfokuskan produk asas tani, buatan sendiri dan produk makanan,” ujarnya.

    Anak jati Kampung Perak di Machap di sini itu juga menawarkan Simpang Renggam sebagai Parlimen yang prihatin, berkebajikan dan membela.

    Ujarnya, melalui tawaran itu juga akan memperkenalkan kupon barangan asas makanan sebagai strategi serampang dua mata iaitu memperkasakan perniagaan runcit tempatan dan membantu golongan kurang berkemampuan.

    Sementara tawaran terakhir katanya, adalah kebajikan untuk anak muda tempatan dengan menyediakan hab premis perniagaan dengan konsep gerai pihak berkuasa tempatan dan memfokuskan bidang kemahiran melalui kerjasama dengan kerajaan Persekutuan.

    “Saya tidak akan menjanjikan sesuatu yang di luar kemampuan kerana tidak mahu masyarakat setempat terjerat dengan janji yang tidak tertunai yang secara tidak langsung memberikan kesan pada perkhidmatan saya nanti,” katanya.

    Beliau amat berharap, lebih ramai lagi masyarakat setempat memberikan sokongan kepadanya agar dapat menjadi anak tempatan pertama berkhidmat sebagai wakil suara rakyat di Simpang Renggam. -SUMBER: BERITA BERSATU

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleFelda, Felcra semakin terbuka, bukan lagi benteng UMNO
    Next Article PRU15: Tiket bas habis, pelajar sanggup berjalan kaki pulang mengundi
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.