Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » PRU15: Dr Sathia kecewa poster kempen kena conteng
    PRU-15

    PRU15: Dr Sathia kecewa poster kempen kena conteng

    adminBy admin17/11/2022Updated:17/11/2022No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    HULU SELANGOR | Dr N Sathia Prakash, seorang daripada enam calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kerusi Parlimen Hulu Selangor, kecewa apabila poster kempennya diconteng oleh pihak tidak bertanggungjawab.

    Calon Pakatan Harapan (PH) itu berkata, insiden pada hari-hari terakhir kempen PRU15 yang akan berlangsung Sabtu ini, sangat dikesali dan beliau sedang mempertimbangkan membuat laporan polis.

    “Hulu Selangor adalah tempat yang aman dan kita tidak mahu insiden ini berulang lagi. Kita sewajarnya mendidik rakyat untuk bersama-sama bersatu padu dan mengamalkan etika yang baik. Ini konsep kita, konsep kekeluargaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    Katanya, beliau sudah mengarahkan jentera kempennya supaya tidak melakukan tindak balas terhadap insiden itu.

    Dr Sathia menasihatkan pihak yang melakukan tindakan berkenaan supaya menghentikannya dan semua calon dapat bertanding dalam suasana yang aman.

    “Perbuatan sedemikian tidak boleh diterima sama sekali. Janganlah begitu terdesak untuk sabotaj calon yang bertanding. Bertandinglah secara baik,” katanya.

    Saingan Dr Sathir bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor adalah calon Barisan Nasional (BN), Datuk T Mohan serta Timbalan Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), Haniza Mohamed Talha.

    Tiga yang lain, Mohd Hasnizan Harun mewakili Perikatan Nasional (PN); calon Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Harumaini Omar dan calon Bebas, Azlinda Baroni. – SUMBER: BERITA HARIAN

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous Article‘Ugutan Rafizi sukarkan penjawat awam jalankan tugas’
    Next Article PRU15: Trafik lebuh raya utama negara mulai perlahan, sesak
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.