Facebook Twitter Instagram
    Monday, 29 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Gabungan 185 NGO Islam sokong Muhyiddin sebagai PM
    PRU-15

    Gabungan 185 NGO Islam sokong Muhyiddin sebagai PM

    adminBy admin18/11/2022Updated:18/11/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Sebanyak 185 Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memberi sokongan penuh kepada calon Perdana Menteri Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) esok.

    Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa berkata gabungan parti PN yang terdiri daripada BERSATU, PAS dan Gerakan mampu membentuk sebuah negara yang bersih dan berintegriti.

    “Amat gusar melihat sokongan politik orang Melayu berpecah dalam PRU ke-15 ini dan kesannya DAP akan menguasai Kerajaan Malaysia melalui gabungan parti Pakatan Harapan.

    “Sehubungan itu UMMAH dan Gabungan NGO Islam menyeru dan merayu Umat Islam seluruh Malaysia agar wajib (Fikh Al-Daulah) keluar mengundi dan menyatukan undi hanya kepada satu gabungan parti yang jelas mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara, serta bersih daripada rasuah, berwibawa dan berusaha memperkasa penyatuan ummah,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

    Berdasarkan pemerhatian dan penilaian parti-parti yang bertanding, Mohd Zai percaya Muhyiddin menepati kriteria sebagai seorang pemimpin yang mampu menjaga kestabilan negara dan menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia.

    “Perbandingan dua calon Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Muhyiddin lebih memenuhi kriteria menjaga agama, bangsa dan negara serta menghormati bangsa dan agama yang lain

    “Berdasarkan prestasi yang lepas Muhyiddin berjaya mengurus tadbir negara dengan baik dan berjaya mengemudi negara berdepan dengan masalah besar Covid-19 dan kesuraman terhadap ekonomi negara,” jelasnya.

    Justeru, UMMAH bersama gabungan lebih 185 NGO Islam terdiri daripada golongan profesional dan agamawan sebulat suara menyokong Muhyiddin dan berharap orang ramai akan keluar mengundi pemimpin yang berwibawa, pada hari esok.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleGelombang Nurul Fadzilah Kamaluddin, anak muda progresif!
    Next Article Cuaca baik diramal sebelah pagi beberapa negeri esok
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.