Proses pengundian Parlimen Padang Serai pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dianjak ke tarikh baharu susulan kematian salah seorang calonnya, 16 November lalu.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata hari pengundian Parlimen itu ditetapkan pada 7 Disember depan.
“SPR menetapkan satu PRU-15 Bahagian Pilihan Raya Parlimen Padang Serai perlu diadakan semula.
“Oleh yang demikian proses pengundian di Parlimen Padang Serai tidak akan diadakan pada 19 November 2022 (Sabtu)
“Hari penamaan calon 24 November (Khamis), hari mengundi awal 3 Disember (Sabtu) dan hari mengundi 7 Disember (Rabu),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Rabu lalu, calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi itu, M Karupaiya meninggal dunia di Hospital Kulim
Pada PRU-14, Karupaiya telah memenangi kerusi itu dengan majoriti 8,813 selepas menewaskan Datuk Dr Leong Yong Kong (MCA) dan Muhammad Sobri Osman (Pas).
Kerusi itu pada PRU-15 menyaksikan pertembungan enam penjuru selain Sivaraj dan Azman, ia turut dibarisi Hamzah Abd Rahman (Pejuang), Mohd Bakhri Hashim (Warisan) dan Amanda AK (Bebas).- AgendaDaily