Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » PRU15: ‘Mengundi bukan kerja main-main…’ – Dr Sam
    PRU-15

    PRU15: ‘Mengundi bukan kerja main-main…’ – Dr Sam

    adminBy admin18/11/2022Updated:18/11/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    BESUT | Pengundi muda yang pertama kali mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) perlu sedar proses memilih pemimpin dan kerajaan bukan kerja main-main atau sekadar mahu mencuba.

    Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata anak-anak muda perlu diberi penjelasan mengenai kepentingan membuat pilihan yang betul pada PRU.

    “Ini bukan kerja main-main, bukan sekadar nak cuba. Nak pilih pemimpin bukan perkara boleh dibuat main-main,” katanya ketika berucap merasmikan Program Santai Bersama Dr Sam, di Bandar Jertih, di sini, hari ini.

    Beliau yang mesra disapa Dr Sam, berkata PRU memberi mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang lebih stabil, kuat, bersih daripada segala unsur tidak sihat seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa serta ketirisan dalam pentadbiran.

    “Jika itu berlaku, rakyat akan menerima kesan daripada penyelewengan wang. Bagaimana mahu buat pembangunan serta memberi bantuan kepada rakyat,” katanya yang juga Naib Presiden PAS merangkap Menteri Besar Terengganu.

    Beliau mengingatkan pengundi, mereka tidak boleh sesekali memilih kerajaan serta pemimpin tidak bersih serta kerajaan tidak stabil.

    “Jika kerajaan dibentuk kuat, sektor ekonomi juga bertambah kuat kerana tahun depan pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi. Pengundi muda perlu guna peluang ini,” katanya.

    Sementara itu, beliau yakin ‘mood’ pengundi pada PRU15 jauh berbeza daripada PRU dengan sokongan kepada PN dilihat lebih positif di semua tempat.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePRU15: Pilih parti terbaik bentuk kerajaan
    Next Article ‘Ucapan saya di Johor disunting, diambil dari luar konteks sebenar’ – Muhyiddin
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.