Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Ejen parti meninggal dunia di tempat bertugas
    Am

    Ejen parti meninggal dunia di tempat bertugas

    adminBy admin19/11/2022Updated:19/11/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    PASIR MAS | Seorang petugas ejen parti yang rebah di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Lati disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, jam 7.30 pagi ketika mahu menjalankan tugas.

    Mohd Jailani, 53, dipercayai rebah sebelum tidak sedarkan diri dan dibawa ke Hospital Pasir Mas (HPM) untuk pemeriksaan lanjut.

    Isterinya, Che Siti Abdullah, 47, berkata kejadian itu diketahuinya setelah sahabat suaminya mengunjunginya di rumahnya di Kampung Pondok Lati di sini dan memaklumkan mengenai kejadian itu.

    Pada mulanya, katanya dia menyangka suaminya hanya pengsan biasa, namun terkejut sebaik menerima berita telah meninggal dunia.

    “Sebelum arwah pergi bertugas, saya sempat membuat sarapan dan makan bersama di rumah.

    “Saya tidak sangka perkara itu memandangkan suami tidak menunjukkan sebarang tanda. Cuma dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini, arwah memberitahu berasa lelah dan tiada tenaga untuk bekerja.

    “Arwah berhasrat untuk ke hospital bagi melakukan pemeriksaan lanjut selepas PRU selesai,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Pasir Mas di sini, hari ini.

    Menurutnya, arwah juga sebelum ini memaklumkan bahawa dia akan bertugas sebagai ejen parti di pusat mengundi pada hari pengundian hari ini.

    “Saya amat sedih dengan apa yang berlaku, namun saya reda dengan pemergian suami dan perlu terus tabah untuk membesarkan anak-anak,” katanya.

    Arwah meninggalkan seorang balu dan dua anak, masing-masing berusia 26 dan 20 tahun.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePeja yakin PN menang, tak sabar tunggu pengiraan undi
    Next Article Penduduk Kampung Tersang redah banjir untuk mengundi
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.