Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Penduduk Kampung Tersang redah banjir untuk mengundi
    Am

    Penduduk Kampung Tersang redah banjir untuk mengundi

    adminBy admin19/11/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    RANTAU PANJANG | Hampir keseluruhan penduduk Kampung Tersang yang terbabit dengan air banjir termenung keluar mengundi hari ini.

    Tinjauan Harakahdaily di Kampung Tersang mendapati paras air banjir masih tinggi. Bagaimanapun, penduduk tetap bersemangat keluar mengundi sejak awal pagi dengan meredah air banjir.

    Malah ada penduduk yang terpaksa menaiki perahu memandangkan paras air banjir masih lagi tinggi.

    Seorang penduduk, Nik Sulaiman Yaakub, 59, berkata beliau tetap menjalankan tanggungjawab untuk mengundi walaupun rumahnya masih lagi digenangi air banjir.

    Katanya, banjir yang berlaku baru-baru ini hampir menengelamkan kediamannya kerana air naik setinggi dua meter dan sekarang turun ke paras 0.7 meter.

    “Kebanyakan rumah di kampung ini dimasuki air dan sehari sebelum hari mengundi. Kami pulang ke kediaman walaupun masih ada air banjir.

    “Kami menggunakan perahu untuk melakukan aktiviti harian,” katanya ketika ditemui selepas mengundi di pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Gual Periok, hari ini.

    Seorang lagi penduduk, Khatijah Mamat, 72, berkata biar pun masih penat kerana baru sahaja menghadapi banjir, namun tetap mahu keluar mengundi.

    Semalam, katanya dia sekeluarga pulang ke rumah selepas hampir seminggu berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

    “Namun demi memikirkan tanggungjawab, saya tetap gagahkan diri untuk keluar mengundi dengan menaiki perahu,” katanya.

    Difahamkan seramai 57 keluarga di Kampung Tersang terjejas dengan banjir yang berlaku pada awal November lepas.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleEjen parti meninggal dunia di tempat bertugas
    Next Article UMMAH lapor polis ucapan kontroversi Hew Kuan Yew
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.