TERENGGANU | “Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT atas limpah kurniaan dan pertolongan-Nya, PAS-Perikatan Nasional (PN) Terengganu berjaya menawan kesemua lapan kerusi parlimen,” kata Pengerusi PN Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Beliau mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan buat semua petugas, perantau, pengundi awal, pengundi pos dan semua pengundi yang telah bersama-sama mencipta sejarah baharu politik Terengganu.
“Kini adalah masa untuk kita sama-sama membina negara Malaysia tercinta ini dan menjadikan kepelbagaian masyarakatnya sebagai kekuatan kepada sebuah negara Malaysia.
“Semoga Allah SWT membalas segala usaha kalian dengan kebaikan,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.