Facebook Twitter Instagram
    Monday, 29 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Aliran trafik menuju ibu negara perlahan
    Am

    Aliran trafik menuju ibu negara perlahan

    adminBy admin20/11/2022Updated:20/11/2022No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan susulan pertambahan jumlah kenderaan menuju ke ibu negara, setakat lima petang ini.

    Keadaan itu berikutan orang ramai pulang ke destinasi masing-masing selepas menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada PRU15 semalam.

    Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik perlahan sepanjang tiga kilometer sebelum masuk Plaza Tol Karak.

    Menurutnya, aliran trafik turut dilaporkan perlahan dari persimpangan Karak ke Plaza Tol Bentong hingga Lentang, Bukit Tinggi ke Genting Sempah dan Hentian Rehat Gombak ke Plaza Tol Gombak.

    “Selain itu, aliran trafik perlahan dilaporkan di Yong Peng ke Machap, Simpang Renggam ke Sedenak, Bukit Gambir ke Jasin, Pedas Linggi ke Senawang terus ke Persimpangan Port Dickson,” katanya ketika dihubungi Bernama.

    Bagi laluan utara ke selatan negara, aliran trafik turut dilaporkan perlahan di Permatang Pauh ke Perai, Bukit Gantang ke Bukit Berapit, Kuala Kangsar ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak, Terowong Menora ke Ipoh, Ipoh ke Hentian Rehat Simpang Pulai dan Rawang ke Sungai Buloh.

    Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1-800-88-0000 dan laman Twitter www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

    -SUMBER: Bernama

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous Article‘Hilang keyakinan’: MCA juga tuntut Zahid Hamidi letak jawatan
    Next Article GPS sokong gabungan PN dan BN, Muhyiddin calon PM
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.