Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Bagaimana Memupuk Jiwa Yang Lebih Berintegriti
    Rencana

    Bagaimana Memupuk Jiwa Yang Lebih Berintegriti

    adminBy admin20/11/2022Updated:20/11/2022No Comments3 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Pernah tak anda rasa sesuatu tidak kena apabila perlu membuat pilihan? Contohnya menyorokkan sesuatu daripada orang, atau tidak melakukan sesuatu yang diamanahkan. Hal ini disebabkan, perkara tersebut sudah berlanggar dengan prinsip atau nilai yang perlu dipegang dalam diri.

    Nilai ini dipanggil nilai integriti, iaitu jujur dan hidup selari dengan prinsip, moral dan nilai baik yang dipegang.

    Walau bagaimanapun, nilai hidup ini tidak dapat tidak mestilah nilai yang selari dengan agama Islam. Bayangkan jika nilai yang anda pegang ialah ‘tidak mahu jadi hipokrit’, maka sebab itu anda tidak mahu memakai tudung, maka ia bukanlah nilai yang tepat, kerana apa pun alasannya, ajaran agama Islam tetap yang utama.

    Nilai juga adalah suatu yang anda kira penting dalam cara hidup dan kerja sehari-hari. Jika perilaku anda selari dengan nilai dalam diri, biasanya anda akan berasa puas hati. Bagaimanakah untuk membentuk nilai integriti ini? Mari kita baca beberapa poin di bawah.

    1- Tetapkan Prinsip Diri Anda

    Untuk hidup secara bermakna dan bernilai, anda perlu jelas dengan nilai atau prinsip yang dipegang. Ia adalah nilai yang tidak dikompromikan sewenang-wenangnya. Contohnya dalam kerja sebagai pempengaruh, anda tidak akan menipu tentang produk-produk yang diminta ulas. Atau anda tidak akan sesekali menggadaikan kewajipan agama seperti memakai pakaian yang menutup aurat demi mendapatkan kerja. Jadi, apakah prinsip hidup anda?

    2- Analisa Pilihan Yang Perlu Dibuat

    Ada orang yang cenderung membuat pilihan yang salah apabila tidak ada orang yang melihat dan memerhatikan. Ia berlainan dengan integriti yang menekankan pilihan yang betul perlu dibuat sekalipun tidak ada orang yang tahu. Anda boleh bertanya diri seperti:

    Adakah pilihan ini mendatangkan lebih banyak kebaikan atau keburukan?

    Adakah pilihan ini bercanggah dengan agama atau undang-undang?

    Ingatlah, menjadi jujur bukan hanya perlu dibuat apabila keadaan anda mudah dan selesa. Ia adalah nilai yang perlu dipegang setiap masa.

    3- Bentuk Keyakinan & Karakter

    Orang-orang yang mempunyai rasa integriti biasanya mempunyai karakter yang sama. Mereka orang yang rendah hati, teguh dengan diri sendiri dan yakin. Ciri-ciri ini penting kerana kadang-kala orang yang berintegriti akan menghadapi desakan dan tekanan daripada orang lain untuk melakukan pilihan yang salah dan bercanggah dengan nilai integriti yang dipegang.

    Justeru, anda perlu fikirkan orang bagaimanakah anda ingin jadi. Ada orang berkata bagaimana ingin mempertahankan prinsip sendiri jika diri sendiri tidak yakin? Tidak ada jawapan mudah untuk persoalan ini, melainkan anda perlu mula usahakan mencari orang-orang yang boleh memberi buah fikiran yang matang, boleh juga merujuk orang yang belajar tentang psikologi manusia seperti kaunselor dan ahli psikologi. Anda juga boleh baca buku berkaitan pembentukan karakter, dan juga ‘self-help’ untuk menguatkan kefahaman.

    KONGSIKAN ARTIKEL INI. SUMBER: TZKRH.COM

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePelajar sekolah rendah berusia 99 tahun meninggal dunia
    Next Article Luar jangka menang termasuk kalahkan Tun M
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.