Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » ‘Benih’ BN sudah lenyap di Perlis
    PRU-15

    ‘Benih’ BN sudah lenyap di Perlis

    adminBy admin20/11/2022Updated:20/11/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KANGAR | ‘Benih’ Barisan Nasional (BN) sudah lenyap di Perlis setelah gabungan itu gagal memenangi mana-mana kerusi di semua tiga Parlimen dan 14 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

    Pengerusi PN Perlis, Mohd Shukri Ramli, berkata benih BN sudah tiada di negeri itu dan pembentukan ke arah kerajaan negeri baharu, akan berjalan lancar dalam masa terdekat.

    “Soal siapakah Menteri Besar yang baharu, kita (PN Perlis) serahkan kepada pucuk pimpinan parti dan saya difahamkan bahawa watikah daripada parti bagi pembentukan kerajaan negeri, kini dalam perjalanan dari Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita di Kompleks PAS Perlis malam tadi.

    PN berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti dua pertiga setelah berjaya mengusai 14 daripada 15 kerusi DUN, kecuali DUN Indra Kayangan yang dimenangi oleh penyandang kerusi itu calon Pakatan Harapan (PH), Gan Ay Lin yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR).

    Mohd Shukri yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis, berkata kejayaan hari ini, satu kejayaan yang amat dahsyat apabila rakyat Perlis dilihat berani melakukan perubahan demi ‘Bersih dan Stabil’, yang menjadi slogan PN.

    “Kami kepimpinan PN Perlis akan berusaha membawa kepimpinan bersih dan stabil, seperti yang terkandung di dalam manifesto tawaran PN Best, dan perkara ini menjadi impian seluruh rakyat negeri ini yang inginkan perubahan,” katanya.

    Mohd Shukri berkata, PN Perlis sentiasa mengalu-alukan teguran daripada segenap lapisan masyarakat Perlis demi kebaikan bersama.

    Beliau berharap, semangat perpaduan ummah yang bermula di Perlis hari ini, akan menjadi titik tolak keseluruh negara dan menjadi ikutan negeri-negeri lain selepas ini.

    Sementara itu, penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata beliau tidak menjangka, bahawa PN akan dapat memenangi 9/10 daripada kerusi yang dipertandingkan di peringkat DUN.

    “Saya ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh rakyat Perlis khususnya golongan muda dan pengundi luar, yang memberi kepercayaan kepada PN mentadbir urus negeri ini,” katanya.

    Mohd Shukri berkata, gelombang itu satu perubahan yang luar biasa dan membuktikan bahawa rakyat Perlis inginkan perubahan.

    “Saya juga berharap agar perpaduan ummah yang diperjuangkan bersama ini, bakal membawa kepada penyatuan semua parti memperjuangkan Melayu dan Islam termasuk BN,” katanya.

    Shahidan yang menjadi ‘Panglima Perang’ bagi gabungan itu, berjaya meraih majoriti besar sebanyak 23,216 undi apabila menewaskan calon PH-PKR, Fathin Amelina Fazlie dan calon BN, Datuk Rozabil Abdul Rahman.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePerjuangan ini tidak akan terhenti di sini
    Next Article Tindakan Ku Li bawa tuah kepada PN di Gua Musang
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.