Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » ‘Hilang keyakinan’: MCA juga tuntut Zahid Hamidi letak jawatan
    PRU-15

    ‘Hilang keyakinan’: MCA juga tuntut Zahid Hamidi letak jawatan

    adminBy admin20/11/2022Updated:20/11/2022No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Ahmad Zahid Hamidi terus menerima desakan daripada luar dan dalam partinya untuk berundur daripada mengetuai Umno dan BN.

    Terbaru Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon tampil membuat gesaan itu setelah Zahid memimpin BN memasuki pilihan raya yang mencatatkan keputusan paling buruk buat gabungan itu semalam.

    “MCA juga menyatakan pendirian bahawa parti MCA telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Ahmad Zahid Hamidi sebagai pengerusi BN dan beliau haruslah meletakkan jawatan dengan terhormat supaya seorang pemimpin baharu dapat mengambil alih pucuk pimpinan BN untuk menentukan hala tuju parti,” katanya.

    Dalam kenyataan sebentar tadi, Chong turut menyatakan rasa kecewa atas keputusan Zahid menangguhkan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang dijadualkan pada malam ini.

    Katanya, ketika politik tidak stabil selepas pilihan raya, keperluan untuk bermesyuarat amat mendesak supaya BN dapat membuat keputusan sebagai satu blok.

    “MCA mengambil pendirian yang tegas bahawa tiada mana-mana pihak yang berhak mewakili BN untuk berunding dengan mana-mana parti politik tanpa mandat daripada Dewan Tertinggi BN,” katanya.

    Dia juga mendesak pemangku pengerusi BN memanggil Mesyuarat Dewan Tertinggi BN dengan segera, jika Zahid berundur. SUMBER: MALAYSIAKINI

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleNaib Ketua Umno Bahagian tolak pakatan dengan PH, desak Zahid, Tok Mat letak jawatan
    Next Article Aliran trafik menuju ibu negara perlahan
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.