Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Isham Jalil dilantik ketua penerangan Umno
    Politik

    Isham Jalil dilantik ketua penerangan Umno

    adminBy admin20/11/2022Updated:20/11/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Hizatul Isham Abdul Jalil dilantik sebagai Ketua Penerangan Umno yang baru berkuat kuasa hari ini, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan.

    Ahmad menerusi catatan di akaun Twitternya memaklumkan pelantikan Isham dibuat oleh Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengikut Fasal 9.6 Perlembagaan Umno berikutan peletakan jawatan Shahril Hamdan hari ini.

    Sementara itu, Isham dalam catatan di Facebooknya berkata beliau dimaklumkan mengenai pelantikan tersebut oleh Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ahmad setelah perbincangan dengan kepimpinan tertinggi parti.

    “Surat rasmi telah ditandatangani oleh kepimpinan parti. Saya ucapkan terima kasih atas pelantikan dan kepercayaan parti terhadap saya.

    “Walaupun pelbagai cabaran dan dugaan yang akan kita tempuhi bersama di kala ini, kita tidak boleh berputus asa, tanggungjawab ini berat lebih-lebih lagi di kala kita berada dalam kekalahan dan kesempitan ini,” kata calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Shah Alam itu.

    Isham berkata pembaruan perlu dibuat kepada parti dari dalam dan beliau memberi jaminan tidak akan lari daripada perjuangan serta terus istiqamah dan berkorban untuk parti bersama akar umbi demi agama, bangsa dan tanah air.

    “Sebab itu saya terima tanggungjawab ini dan akan memegang amanah ini dengan sebaiknya walaupun kita sudah tidak punya apa-apa,” katanya.

    Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semalam menyaksikan BN mencatat prestasi kurang memberangsangkan apabila hanya memperoleh 30 kerusi Parlimen berbanding pencabarnya Pakatan Harapan (PH) yang mendapat 82 kerusi manakala Perikatan Nasional meraih 73 kerusi Parlimen.

    • SUMBER: Bernama
    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous Article‘Saya yakin akan cukup sokongan untuk jadi PM lagi’
    Next Article Agong titah kemuka nama calon PM kepada Istana Negara esok
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.