Facebook Twitter Instagram
    Monday, 29 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Ketiadaan Noh bantu kemenangan saya
    PRU-15

    Ketiadaan Noh bantu kemenangan saya

    adminBy admin20/11/2022Updated:20/11/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    TANJONG KARANG | Ahli Parlimen Tanjong Karang yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN), Datuk Dr Zulkafperi Hanapi mengakui ketiadaan penyandang kerusi itu, Tan Sri Noh Omar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), semalam, memberi kelebihan untuknya menawan kubu kuat terakhir Barisan Nasional (BN) itu.

    Dr Zulkafperi yang mendapat majoriti 2,180 undi berkata, pada awalnya beliau diatur bertanding di kerusi Parlimen Sungai Buloh.

    Bagaimanapun, katanya, beliau kemudian bertukar ke Tanjong Karang dan kemenangan itu membolehkannya berkhidmat kepada rakyat terutama memperkasakan lagi sektor pertanian di Parlimen itu.

    “Pada PRU14 lalu, saya berdepan dengan Noh, namun kemenangan tidak menyebelahi saya apabila tewas dengan majoriti 1,970 undi.

    “Bagaimanapun, PRU15 kali ini tidak ditandingi Noh, sekali gus memberi satu kelebihan besar kepada saya menang di sini. Saya akan menabur bakti terbaik di kawasan ini,” katanya di sini, hari ini.

    Semalam, media melaporkan Dr Zulkafperi memenangi kerusi Parlimen Tanjong Karang dengan majoriti 2,180 undi selepas menewaskan calon BN, Datuk Habibah Mohd Yusof (15,874) dan Siti Rahayu Baharin dari Pakatan Harapan (PH) yang memperoleh undi 12,314.

    Turut tewas, calon Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Azlan Sani Zawawi yang memperoleh 3,557 undi, manakala calon Bebas, Mohd Rosni Mastol dengan 1,406 undi.

    Dr Zulkafperi berkata, beliau bersyukur kerana proses PRU15 berjalan lancar termasuk kempen yang disokong kuat jentera PAS Tanjong Karang.

    “Selepas ini, saya mahu membina Pusat Transformasi Bandar (UTC) bagi merancakkan lagi sektor ekonomi dan infrastruktur sedia ada.

    “Kita tidak mahu Tanjong Karang dilabel pekan ‘koboi’ sedangkan banyak potensi pembangunan boleh dilaksanakan terutama menjadi hab pertanian dan sawah padi di Selangor,” katanya.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleAgong titah kemuka nama calon PM kepada Istana Negara esok
    Next Article Wan Ahmad Fayhsal janji jadikan Machang kubu kuat Pas
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.