Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Muhyiddin hadir mesyuarat khas Bersatu
    PRU-15

    Muhyiddin hadir mesyuarat khas Bersatu

    adminBy admin20/11/2022Updated:20/11/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    SHAH ALAM | Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di sebuah hotel di Glenmarie di sini, malam ini.

    Beliau yang juga Presiden Bersatu tiba di hotel berkenaan, kira-kira pukul 8.50 malam.

    Mesyuarat itu dipercayai bagi membincangkan soal pembentukan Kerajaan Persekutuan susulan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) semalam.

    Turut hadir, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Ketua Srikandi, Datuk Seri Rina Harun; Ketua Penerangan, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof.

    Terdahulu, Muhyiddin menyifatkan beliau telah mendapat sokongan daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan beberapa Ahli Dewan Rakyat lain untuk diumumkan sebagai Perdana Menteri Ke-10.

    Ahli Parlimen Pagoh itu berkeyakinan akan memperoleh bilangan sokongan yang mencukupi daripada Ahli Dewan Rakyat untuk membolehkan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri sepertimana yang dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan.

    Kira-kira 10 kenderaan keluar dari pekarangan kediaman Muhyiddin, pukul 4.40 petang tadi.

    Antara kenderaan itu membawa Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee.

    Ketua-ketua gabungan dan parti politik yang mempunyai kerusi yang banyak diberi tempoh sehingga pukul 2 petang esok supaya memaklumkan kepada Istana Negara bagi pembentukan kerajaan baharu.

    Titah itu atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri-ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – SUMBER: UTUSAN

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleWan Ahmad Fasyhal syukur menang di Parlimen Machang
    Next Article Othman letak jawatan, desak Ahmad Zahid dan Jamil Khir ambil langkah sama
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.