Facebook Twitter Instagram
    Monday, 29 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Othman letak jawatan, desak Ahmad Zahid dan Jamil Khir ambil langkah sama
    PRU-15

    Othman letak jawatan, desak Ahmad Zahid dan Jamil Khir ambil langkah sama

    adminBy admin20/11/2022Updated:20/11/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    ALOR SETAR | Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Othman Aziz mendesak Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan Presiden akibat prestasi buruk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

    Pada masa sama, Othman yang tewas di Parlimen Jerlun turut meletak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah kerana mengambil tanggungjawab moral ekoran kekalahan BN khususnya UMNO di negeri itu.

    Menurut Othman, pengundi khususnya orang Melayu memberi petanda jelas dalam PRU15 bahawa mereka tidak menggemari gaya dan cara pemimpin UMNO mengemudi parti itu.

    Katanya, atas sebab itu UMNO perlu dilepaskan kepada individu lain yang mungkin mempunyai cara dan pemikiran baharu untuk menggerakkan semula parti bagi menghadapi cabaran besar termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

    “Kita telah mencuba sehabis baik dan menerima (kekalahan) ini sebagai penolakan mutlak orang-orang Melayu terhadap UMNO, maka sudah tentu kita merasakan perlu membentuk semula atau baik pulih kepimpinan UMNO.

    “Jadi selaku Presiden, saya gesa Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid berfikir secara terbuka dan berjiwa besar untuk melepaskan jawatannya,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

    Pada PRU15, BN Kedah tewas kesemua 14 kerusi yang ditandingi termasuk Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

    Dalam pada itu, Othman menasihatkan Jamil Khir agar turut berjiwa besar dengan mengundurkan diri daripada jawatannya sebagai tanggungjawab terhadap kekalahan BN di Kedah.

    “Kita perlu melihat bahawa kita semua adalah bertanggungjawab dan hal jawatan lain seperti Ketua UMNO Bahagian itu lain sebab ia melalui pemilihan parti di peringkat bahagian, tapi jawatan lantikan ini saya rasa eloklah beliau mengundurkan diri.

    “Ini kerana kita perlu dilihat belajar daripada kesilapan dan memberi ruang kepada orang lain untuk mengambil alih dan seterusnya melakar strategi dan perancangan yang sesuai dengan suasana dan keadaan ketika ini,” katanya.

    Katanya, meskipun situasi itu diibaratkan seperti nasi sudah menjadi bubur namun UMNO perlu mengorak langkah untuk memastikan parti itu terus relevan di masa depan.

    “Kelompongan jawatan yang ditinggalkan kepimpinan UMNO selepas ini diisi dengan tokoh-tokoh lain yang mampu mengemudi parti di peringkat negeri dan pusat dengan strategi yang lebih kemas. – SUMBER: UTUSAN

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleMuhyiddin hadir mesyuarat khas Bersatu
    Next Article PN menang besar di Pahang, BN tersasar
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.