Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Pelajar sekolah rendah berusia 99 tahun meninggal dunia
    Global

    Pelajar sekolah rendah berusia 99 tahun meninggal dunia

    adminBy admin20/11/2022Updated:20/11/2022No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Sitienei mahu memberi contoh terbaik kepada semua wanita yang tercicir daripada persekolahan. – BBC

    NAIROBI, KENYA | Seorang wanita yang dipercayai merupakan pelajar sekolah rendah paling tua di dunia menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kenya, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin.

    Keadaan kesihatan wanita berkenaan, Priscilla Sitienei, 99, dilaporkan mula merosot selepas dia menghadiri kelas pada Rabu lalu.

    Dia dan rakan-rakan sekelasnya yang berusia 12 tahun dikatakan sedang bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan akhir yang dijadual berlangsung minggu depan.

    Kisah mengenai Sitienei mendapat pujian daripada Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

    Wanita berkenaan memberitahu agensi itu tahun lalu bahawa dia mahu memberi motivasi kepada ibu-ibu muda untuk kembali ke sekolah.

    “Saya mahu menunjukkan contoh bukan sekadar untuk mereka bahkan gadis-gadis lain di seluruh dunia yang tercicir daripada persekolahan.

    “Tanpa pendidikan, tiada bezanya diri anda dan ayam,” katanya.

    Turut dikenali sebagai Gogo yang bermaksud nenek dalam bahasa tempatan, Sitienei memberitahu BBC pada 2015 bahawa dia akhirnya sudah pandai membaca dan menulis, sesuatu yang tidak pernah dipelajarinya ketika kecil.

    Rekod terkini bagi pelajar sekolah rendah tertua di dunia menurut Guinness Book of Records dipegang oleh seorang lagi warga Kenya, mendiang Kimani Maruge yang bersekolah ketika usia 84 tahun pada 2004 sebelum meninggal dunia lima tahun kemudian. – SUMBER: Agensi

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePN menang besar di Pahang, BN tersasar
    Next Article Bagaimana Memupuk Jiwa Yang Lebih Berintegriti
    admin
    • Website

    Related Posts

    Emas C$20 juta ‘hilang’ dari lapangan terbang Toronto

    21/04/2023

    Genjatan senjata 72 jam di Sudan sempena Aidilfitri

    21/04/2023

    Indonesia akan haramkan seks di luar perkahwinan

    04/12/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.