Facebook Twitter Instagram
    Tuesday, 30 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » ‘Saya yakin akan cukup sokongan untuk jadi PM lagi’
    PRU-15

    ‘Saya yakin akan cukup sokongan untuk jadi PM lagi’

    adminBy admin20/11/2022Updated:20/11/2022No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Muhyiddin Yassin yakin akan memperoleh sokongan cukup untuk menjadi perdana menteri sekali lagi.

    Mengumumkan di media sosialnya sebentar tadi, pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata dia mendapat sokongan pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan beberapa anggota parlimen lain.

    GPS petang ini mengumumkan sokongannya pada Muhyiddin.

    Bagaimanapun, PN tidak dapat membentuk kerajaan tanpa sokongan BN yang mempunyai 30 daripada 222 kerusi parlimen. BN awal pagi tadi menyatakan kesediaannya mengetepikan perbezaan dan bekerjasama dengan parti dari Sabah dan Sarawak.

    Mereka bagaimanapun tidak menyebut dengan jelas sama ada mahu bekerjasama dengan PN atau Pakatan Harapan (PH)–yang turut mendakwa memperoleh sokongan cukup untuk membentuk kerajaan.

    Pada masa yang sama terdapat spekulasi Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mempertimbangkang kerjasama dengan PH, ketika dia sendiri berdepan desakan untuk meletakkan jawatan.

    Tanpa BN, kombinasi PN, GPS, and GRS hanya mampu mendapat 101 kerusi–kurang 10 kerusi untuk membentuk majoriti mudah.

    Sementara itu, PKR pula masih membungkam berkaitan kecenderungan mereka. SUMBER: MALAYSIAKINI

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleTeng gesa DAP tak sertai usaha tubuh kerajaan baru
    Next Article Isham Jalil dilantik ketua penerangan Umno
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.