Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » UMMAH, 200 NGO Islam ucap tahniah kepada PN
    PRU-15

    UMMAH, 200 NGO Islam ucap tahniah kepada PN

    adminBy admin20/11/2022Updated:20/11/2022No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) mengucapkan tahniah kepada gabungan parti PERIKATAN NASIONAL (PN) yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang telah memenangi kerusi Melayu Islam terbanyak dan mampu membentuk kerajaan Persekutuan.

    Pengerusinya, Mohd Zai Mustafa berkata, UMMAH juga mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya pengundi muda yang bijak membuat keputusan gabungan parti mana yang mampu mendaulatkan dan menjaga agama, bangsa dan negara serta bersih daripada rasuah dan mempuyai kepimpinan yang berwibawa.

    “UMMAH berdoa agar penyatuan ummah gabungan parti Melayu Islam, Bersatu, PAS dan Umno terus dapat diperkasakan bersama gabungan PERIKATAN NASIONAL membentuk kerajaan Persekutuan yang kuat dan stabil demi kesejahteraan rakyat dan negara,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.

    Pada Pilihan Raya Umum ke-15 yang berlangsung semalam, PERIKATAN NASIONAL memperolehi 73 kerusi Parlimen.

    Keputusan itu tidak melibatkan tiga kawasan Parlimen iaitu Kota Marudu di Sabah dan Baram di Sarawak yang ditangguh berikutan masalah cuaca sementara pengundian bagi Parlimen Padang Serai di Kedah pula ditangguh ekoran kematian calon PH pada Rabu.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePRU15: Dua calon berjaya menang kerusi DUN, Parlimen
    Next Article PRU15: Hasrat Mahathir, Mukhriz tidak kesampaian
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.