Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » UMNO Perlu Cari Jalan Pulihkan Parti, Akar Umbi Setia Dalam Perjuangan
    Politik

    UMNO Perlu Cari Jalan Pulihkan Parti, Akar Umbi Setia Dalam Perjuangan

    adminBy admin20/11/2022Updated:20/11/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA LUMPUR | UMNO perlu mencari jalan dan berusaha untuk memulihkan parti supaya ia diterima semula oleh rakyat pada masa akan datang, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil.

    Jelasnya, beliau pasti akar umbi UMNO akan terus setia dan istiqamah dalam perjuangan ini meskipun telah berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan.

    “Melihat ke hadapan, kita perlu mencari jalan dan berusaha untuk memulihkan parti supaya ia diterima semula oleh rakyat pada masa akan datang. Sekiranya kita terus ikhlas dan jujur dalam perjuangan inshaAllah Allah SWT akan bantu kita mencapai kejayaan.

    “UMNO adalah parti yang banyak berjasa kepada negara dan rakyat. Jika kita menuju ke jalan yang lurus, nescaya perjuangan kita akan diredhai Allah. Allahu, ihdinas siratal mustaqim.

    “Saya pasti akar umbi UMNO akan terus setia dan istiqamah dalam perjuangan ini, walaupun dengan apa jua cabaran dan dugaan yang melanda seperti yang kita telah hadapi pada sebelum-sebelum ini,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

    Beliau yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Shah Alam turut mengucapkan terima kasih kepada semua ahli dan akar umbi seluruh negara yang bekerja keras sepanjang tempoh empat tahun setengah kebelakangan ini.

    “Kepada ahli-ahli dan akar umbi UMNO di seluruh negara, saya ingin mengucapkan terima kasih ke atas segala usaha dan kerja keras anda semua sepanjang tempoh pilihanraya dan juga sepanjang empat tahun setengah kebelakangan ini selepas kita kalah PRU-14.

    “Kini kita telah tewas lagi dalam PRU-15. Rakyat telah memberikan mandat kepada parti yang mereka pilih untuk mentadbir negara. Ini adalah ketentuan Allah SWT, kita telah berikhtiar sebaik mungkin namun Allah yang menentukan segala-galanya,” katanya lagi.

    Tambah Isham Jalil lagi, sekiranya UMNO/BN ditentukan untuk menjadi pembangkang maka mereka perlu menjadi pembangkang yang kuat untuk menyemak imbang kerajaan.

    “Jika sudah ditentukan kita menjadi pembangkang, kita perlu berani menjadi pembangkang yang kuat untuk menyemak imbang kerajaan. Mungkin itulah ketentuan Allah SWT, supaya kita menjadi penyemak imbang kepada kerajaan untuk kepentingan rakyat kali ini.

    “Saya akan terus bersama tuan-tuan dan puan-puan dalam mencari dan mencapai penyelesaian dan pembaharuan sehingga kita berjaya memulihkan parti kita ini bersama-sama dan sehingga parti kita ini diterima semula oleh rakyat,” katanya lagi. – SUMBER: UMNO Online

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleArmada minta sokong Zainol Fadzi calon MB Perak
    Next Article Wan Saiful menang besar di Tasek Gelugor
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.