KOTA BHARU | Calon PAS, Parlimen Machang, Wan Ahmad Fasyhal Wan Kamal mengakui terkejut dengan kemenangan di kerusi di Parlimen itu.
Wan Ahmad Fasyhal melahirkan rasa kesyukuran kerana mendapat majoriti besar walaupun bertanding dengan Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.
“Alhamdulillah saya amat bersyukur dengan kemenangan ini dan saya amat terkejut dengan majoriti besar itu.
“Ini semua hasil kerja keras jentera Perikatan Nasional (PN) yang terdiri daripada PAS dan BERSATU,” katanya di sini.
Terdahulu, Wan Ahmad Fasyhal menang dengan majoriti 10,154 undi. Beliau mendapat undian sebanyak 35,603 undi mengalahkan Ahmad Jazlan yang mendapat 25,449 undi.
Parlimen Machang menyaksikan pertembungan empat penjuru iaitu calon Pakatan Harapan (PH), Dr Rosli Allani Abdul Kadir dengan undian sebanyak 3,934 undi
dan calon Gerakan Tanah Air (GTA), Mejar (B) Muhammad Seman sebanyak 128 undi.