Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Wan Saiful menang besar di Tasek Gelugor
    PRU-15

    Wan Saiful menang besar di Tasek Gelugor

    adminBy admin20/11/2022Updated:20/11/2022No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    TASEK GELUGOR | Ketua Penerangan BERSATU Malaysia, Datuk Wan Saiful Wan Jan melakar kemenangan selesa dengan majoriti sebanyak 12,252 setelah memperoleh 31,116 undi bagi kerusi Parlimen Tasek Gelugor di sini, malam tadi.

    Beliau menyifatkan kemenangan itu sebagai di luar jangkaan dengan bilangan pengundi juga dilihat meningkat secara signifikan mencecah 83.83 peratus berbanding Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.

    “Kemenangan ini tidak akan berlaku kalau tidak ada satu gelombang terutamanya dalam kalangan anak muda di Tasek Gelugor dan terus terang memang saya tak jangka keputusan sebegini.

    “Bagi saya kejayaan ini melambangkan kehendak dalam kalangan rakyat di sini yang mahukan perubahan serta kerajaan yang bersih stabil,” katanya ketika ditemui pemberita.

    Wan Saiful mengatasi empat pencabarnya iaitu Datuk Muhamad Yusoff Mohd Noor daripada (Barisan Nasional), Nik Abdul Razak Nik Md Ridzuan (Pakatan Harapan), Mohamad Akmal Azhar (Warisan) dan Datuk Dr Abdul Halim Sher Jung (Pejuang).

    Muhamad Yusoff meraih 18,864 undi, Nik Abdul Razak (16,547), Mohamad Akmal (179) dan Dr Abdul Halim (406).

    Keputusan rasmi diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Supardi Amaludin di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Parlimen Tasek Gelugor bertempat di Institut Kemahiran MARA (IKM) Seberang Perai Utara malam tadi.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleUMNO Perlu Cari Jalan Pulihkan Parti, Akar Umbi Setia Dalam Perjuangan
    Next Article PN dominasi DUN Perak
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.