Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » GRS sokong Muhyiddin sebagai PM
    Politik

    GRS sokong Muhyiddin sebagai PM

    adminBy admin21/11/2022Updated:21/11/2022No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA KINABALU | Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil keputusan untuk menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-10 dan seterusnya membentuk kerajaan Persekutuan bersama Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GRS).

    Pengerusi GRS, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, pertemuannya dengan Muhyiddin sebagai pengerusi PN itu telah berlangsung pada Ahad.

    “Saya telah mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin semalam (20 November 2022). GRS berpandangan adalah perlu pembentukan Kerajaan Persekutuan dilaksanakan pada kadar segera untuk memastikan kerajaan dapat berfungsi sepenuhnya khususnya dalam memuktamadkan penggubalan belanjawan untuk tahun 2023.

    “GRS mengambil keputusan untuk menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ke-10 dan bersetuju membentuk kerajaan Persekutuan bersama PN dan parti dari Sarawak iaitu GPS serta parti-parti lain yang bersedia untuk membentuk kerjasama,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

    Ketua Menteri Sabah itu turut berkata, GRS sentiasa komited untuk membawa citra kesatuan demi kepentingan rakyat dan tanah air.

    Sebelum itu, Hajiji dalam sidang akhbar pada awal pagi Sabtu lalu menyatakan bahawa kerajaan Sabah dan Sarawak sepakat untuk menyokong kerajaan yang bakal dibentuk di peringkat Persekutuan.

    Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dilaporkan bersetuju untuk membentuk gabungan bersama PN, Barisan Nasional (BN) dan GRS bagi membentuk kerajaan Persekutuan.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePN hantar lebih 112 SD kepada YDPA
    Next Article Kita memiliki sejumlah Ahli Parlimen yang cukup untuk bentuk kerajaan
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.