Facebook Twitter Instagram
    Monday, 29 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Kita memiliki sejumlah Ahli Parlimen yang cukup untuk bentuk kerajaan
    Politik

    Kita memiliki sejumlah Ahli Parlimen yang cukup untuk bentuk kerajaan

    adminBy admin21/11/2022Updated:21/11/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi beliau sudah mendapat bilangan yang cukup untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri, berdasarkan sokongan Ahli Parlimen secara individu.

    Beliau menegaskan dalam Perlembagaan, tidak dinyatakan seseorang yang mahu dilantik sebagai Perdana Menteri perlu mendapatkan sokongan parti saja tetapi perlu memperoleh sokongan majoriti Ahli Parlimen.

    “Insya-Allah, esok kita dapat mengemuka akuan bersumpah daripada mereka ini bahawa kita memiliki sejumlah Ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.

    “Kalau mengikut Perlembangaan, (sokongan) Ahli-Ahli Parlimen. Tak kata daripada parti mana. (Sokongan) individu boleh, secara kumpulan dan parti mereka pun boleh,” katanya selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU di sini, malam tadi.

    Beliau ditanya mengenai kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan BN tidak pernah berunding dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memberikan persetujuan berhubung penubuhan kerajaan bersama PN.

    Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO, berkata tiada perundingan dengan PN setakat ini, yang boleh membawa maksud kepada adanya persefahaman untuk membentuk kerajaan dengan gabungan berkenaan.

    Muhyiddin berkata, kenyataan Ahmad Zahid itu hanya pandangannya selaku Pengerusi BN.

    “Kalau ikut Perlembagaan, seseorang nak jadi Perdana Menteri mesti mendapat kepercayaan daripada majoriti Ahli Parlimen

    “Kalau ikut istilahnya, perlu mendapatkan sokongan 112 kerusi. Tak kata daripada parti A,B atau C. Itu hanya mengikut tafsiran Zahid saja (sokongan parti),” katanya.

    Ditanya mengenai sejauh mana Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 yang melarang Ahli Dewan Rakyat bertukar parti menyekat individu menyokongnya sebagai Perdana Menteri, katanya, akta itu tidak menghalang sokongan individu kepada beliau.

    “Hatta macam tadi bukan semua datang (sokongan) dari PN, GPS, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Ahli Parlimen bebas.

    “Memang tidak melanggar peruntukan akta itu. Mereka tak keluar daripada parti tapi mereka secara individu sebagai Ahli Parlimen memberikan sokongan kepada saya,” katanya.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleGRS sokong Muhyiddin sebagai PM
    Next Article 18 Ahli Parlimen BN sokong Muhyiddin jadi PM
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.