Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Perompak bank tempah kereta Uber kerana patuh peraturan jalan raya
    Global

    Perompak bank tempah kereta Uber kerana patuh peraturan jalan raya

    adminBy admin21/11/2022Updated:21/11/2022No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Christmas ditahan oleh Polis Southfiled kerana merompak pada Rabu lalu. - FOX 5

    WASHINGTON | Seorang lelaki di negeri Michigan, Amerika Syarikat (AS) menempah perkhidmatan sewa kereta Uber untuk merompak sebuah bank kerana lesen memandunya digantung, lapor akhbar Daily Star semalam.

    Jason Christmas, 42, enggan melanggar undang-undang jalan raya ketika merompak Bank Huntington di bandar Southfield pada minggu lalu.

    Dia meminta pemandu Uber membawanya ke bank itu dan menunggu sementara dia menyamun.

    Semasa keluar dari kereta Uber, Christmas memakai topeng muka dan memasuki bank untuk merompak. Dia meminta wang sambil mengacukan senjata sebelum keluar dan menaiki teksi tersebut untuk membawanya pulang.

    Penggera dibunyikan sekitar pukul 5 petang (waktu tempatan) pada Rabu lalu.

    Polis yang tiba di lokasi kejadian, memeriksa sistem televisyen litar tertutup (CCTV) untuk mengenal pasti nombor plat teksi itu sebelum pemandunya disoal siasat. Mereka berjaya mendapatkan alamat rumah suspek.

    “Ini adalah cara luar biasa untuk melakukan rompakan bersenjata di bandar ini,” kata Ketua Polis Southfield, Elvin Barren kepada saluran televisyen Fox 2 News.

    Menerusi video kamera badan yang dikongsi oleh Polis Southfield, Christmas digari dan direbahkan di lantai pangsapurinya.

    “Dia memakai pakaian sama seperti semasa rompakan,” kata Barren.

    Christmas didakwa dengan jenayah rompakan bank dan ditahan sementara menunggu pembayaran bon ikat jamin AS$500,000 (RM2.23 juta). – SUMBER: Agensi

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePresiden Umno tidak boleh pandai-pandai runding PH
    Next Article Cucu perempuan Biden berkahwin dalam majlis tertutup di White House
    admin
    • Website

    Related Posts

    Emas C$20 juta ‘hilang’ dari lapangan terbang Toronto

    21/04/2023

    Genjatan senjata 72 jam di Sudan sempena Aidilfitri

    21/04/2023

    Indonesia akan haramkan seks di luar perkahwinan

    04/12/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.