KUALA LUMPUR | Perikatan Nasional (PN) telah mengemukakan Surat Akuan Berkanun (SD) kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, melebihi 112 Surat Akuan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong.
“Menerusi SD tersebut, Ahli Dewan Rakyat telah memberikan kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ahli Parlimen Pagoh, untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 oleh Yang di-Pertuan Agong.
“Jumlah Surat Akuan yang dihantar adalah melebihi 112, iaitu jumlah kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat yang diperlukan untuk pelantikan Perdana Menteri di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.