KUALA LUMPUR | Majlis Tertinggi PERIKATAN NASIONAL (PN) telah melantik Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man untuk mengetuai rundingan pembentukan kerajaan negeri Pahang.
Pengerusi PERIKATAN NASIONAL Pahang, Dato’ Sri Saifuddin Abdullah dalam kenyataan malam ini berkata, PN negeri akan meneruskan rundingan bagi membentuk kerajaan negerl Pahang seberapa segera.
Tambahnya, PN Pahang turut mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengundi di negeri itu yang telah memberi kemenangan kepada PERIKATAN NASIONAL sehingga berada dalam kedudukan untuk membentuk kerajaan negeri.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 Sabtu lalu, PERIKATAN NASIONAL Pahang memenangi 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), BN (16) dan PH (lapan).
Bagi DUN Tioman, proses pengundian akan dilaksanakan pada 7 Disember depan susulan kematian calon PERIKATAN NASIONAL, Md Yunus Ramli, awal pagi Sabtu.