Facebook Twitter Instagram
    Tuesday, 30 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Rakyat tolak BN, tak layak jadi kerajaan
    Politik

    Rakyat tolak BN, tak layak jadi kerajaan

    adminBy admin21/11/2022Updated:21/11/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA LUMPUR | Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Muhamad Hasan menegaskan parti itu tiada kuasa untuk menubuhkan kerajaan kerana ditolak rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

    Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, sewajarnya Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) bergabung menubuh kerajaan Persekutuan.

    “Mereka mendapat bilangan nombor undi yang lebih tinggi.

    “BN bersedia menjadi pembangkang yang bertanggungjawab ‘check and balance’ kerajaan baru,” katanya di media sosial malam ini.

    Mohamad yang memenangi kerusi Parlimen Rembau dalam PRU15 berkata, BN sedia membantu meredakan keadaan ketika peralihan pasca pilihan raya umum.

    “Kalau masih tak dapat juga tubuh kerajaan, tolong jangan salahkan kami.

    “Ini hasil daripada proses yang demokratik, untuk memulangkan mandat kepada rakyat. Kami hanya menghormati keputusan itu,” katanya.

    Dalam PRU15 PH menang 82 kerusi, PN 73, BN 30, Gabungan Parti Sarawak (GPS) 23 dan Parti Warisan (tiga).

    Dewan Tertinggi BN hari ini bermesyuarat untuk memutuskan pendirian menyokong gabungan parti bagi membentuk kerajaan Persekutuan.

    Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan 26 Ahli Parlimen BN akan menyokong keputusan Dewan Tertinggi BN untuk bergabung dengan mana-mana parti.

    Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata beliau mendapat kepercayaan majoriti Ahli Parlimen untuk dicalonkan sebagai perdana menteri.

    SUMBER: BERITA HARIAN

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePRU-15: GPS sapu 23 kerusi Parlimen selepas menang di Baram
    Next Article Mohamad Hasan Cadang PN, PH Gabung Tubuh Kerajaan
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.