Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Rundingan BN-PH masuk fasa serius
    Politik

    Rundingan BN-PH masuk fasa serius

    adminBy admin21/11/2022Updated:21/11/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Pakatan Harapan (PH) memaklumkan ketika ini pihak mereka telah memasuki fasa rundingan yang serius dengan Barisan Nasional (BN) dan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

    Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, rundingan itu juga turut membincangkan perkara utama menyentuh tentang kestabilan politik dan pemulihan ekonomi.

    “Pada masa sama, kami mengambil maklum penafian Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa satu kenyataan yang tular menyatakan 10 Ahli Parlimen UMNO menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri adalah tidak benar.

    “Oleh yang demikian, PH berpendirian bahawa kenyataan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) (Datuk Seri Hamzah Zainuddin) adalah pramatang, mustahil dan tidak konklusif berkait angka sokongan majoriti yang didakwa telah mereka capai,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika merujuk kenyataan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin bahawa Perikatan Nasional telah mempunyai jumlah Surat Akuan melebihi 112.

    Jelas beliau, pendirian Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jelas bahawa sebarang akuan berkanun yang lain, atau sebarang rundingan dengan parti-parti lain oleh mana- mana Ahli Parlimen UMNO adalah tidak sah dan tidak boleh diambil kira sebagai bukti sokongan majoriti kepada mana-mana calon Perdana Menteri.

    “Ia juga boleh menyebabkan mereka hilang kerusi seperti yang dipersetujui dalam akuan berkanun yang telah mereka tandatangani,” jelasnya. – SUMBER: KOSMO! ONLINE.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleIsmail Sabri, KSN keluar Istana Negara
    Next Article Ketua bahagian rela UMNO sebagai pembangkang, tidak perlu ‘minta sedekah’
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu

    29/05/2023

    SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal

    27/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.