Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Saya sedia dipecat, tetap tidak akan bersama PH – Ismail Sabri
    Politik

    Saya sedia dipecat, tetap tidak akan bersama PH – Ismail Sabri

    adminBy admin21/11/2022Updated:21/11/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA LUMPUR | Satu tangkap layar mengenai pesanan aplikasi WhatsApp tular hari ini dikaitkan dengan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

    Ia berkisar tentang perbualan individu yang dinamakan ‘PM DS Ismail Sabri’ dalam satu kumpulan WhatsApp.

    “Saya sedia dipecat…tetap tidak akan bersama PH (Pakatan Harapan),” tulis individu berkenaan dalam kumpulan WhatsApp bernama ‘Ketua-Ketua Bahagian UMNO Malaysia’.

    Dalam pesanan itu turut tertera nama Ketua Bahagian UMNO Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

    Individu bernama ‘Datuk Seri Tajuddin KB Pasir Salak’ itu memberikan respon emoji lengan kepada ‘Ismail Sabri’.

    Malah seorang lagi Ketua Bahagian iaitu ‘Dato Abbas KB Batu’ turut menyokong tindakan ‘Ismail Sabri’ tersebut.

    “Yes DSIS…biar kita semua dipecat,” katanya.

    Tangkap layar itu dipercayai dimuatnaik oleh anak Ismail Sabri iaitu Datin Nina Sabrina menerusi story di laman Instagram miliknya petang tadi. “Biar tak berkuasa, jangan tak berprinsip,” tulis Nina dalam hantaran tersebut.

    Awal hari ini, beberapa pemimpin UMNO dan PH mengadakan pertemuan di sebuah hotel berhampiran Menara Dato’ Onn antaranya termasuklah Ismail Sabri.

    Antara pimpinan kelihatan di dalam gambar tersebut adalah Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu; Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan beberapa pemimpin lain daripada kedua-dua blok parti itu.

    Pertemuan tersebut berlangsung pada pagi tadi bertujuan untuk menjalinkan kerjasama untuk membentuk kerajaan pasca PRU15. – SUMBER: MalaysiaGazette

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleMohamad Hasan Cadang PN, PH Gabung Tubuh Kerajaan
    Next Article PAS seru semua pihak hormati keputusan pengundi pada PRU-15
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.